Port Dickson, 13 Oktober- Polis memburu dua lelaki dan dua wanita yang gagal menghadiri perbicaraan kes bunuh di Mahkamah Tinggi di Seremban sejak dua tahun lalu.
Individu pertama dicari adalah :
- G Ramaya, 30, dengan alamat terakhir No 334, Jalan Arowana lO, Taman Arowana Indah, Seremban atau No 41 Ladang Labu A, Labu, Seremban.
- M Segaran, 27, Blok Pangsapuri Baiduri, Bandar Tasik Kesuma, Beranang, Selangor;
- A Kumutha, 30, L-3-3, Flat Taman Ros Merah. Nilai atau No 4, Ladang Labu Bi, Ladang Labu, Labu, Seremban dan..
- S Punitha, 25, No 14, Jalan 6, Taman Kajang Bam, Sungai Jelok, Kajang, Selangor.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Baharudin Mustapha, berkata empat individu itu adalah saksi utama kes pembunuhan yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Beliau berkata, ketiadaan mereka menyukarkan perbicaraan kes pembunuhan sepasang suami isteri di ladang kelapa sawit Sungai Salak, Sihau, Lukut, di sini pada 5 Mac 2012 antara jam 8 pagi hingga 1030 pagi.
Polis berusaha menjejak mereka di setiap alamat yang diberikan dan memohon kerjasama sesiapa yang mempunyai maklumat berkenaan saksi itu supaya tampil bekerjasama," katanya pada sidang media di sini, semalam.
Sumber: Berita Harian