Monday, 13 October 2014

BUMBUNG JEJANTAS PEJALAN KAKI DI LEBUHRAYA PERLING - PASIR GUDANG RUNTUH


JOHOR BAHARU: Bumbung sebuah jejantas pejalan kaki di Lebuhraya Perling-Pasir Gudang berhampiran Taman Kobena runtuh pada kira-kira 4.30 petang Ahad ketika hujan lebat.


Menurut kenyataan Balai Bomba dan Penyelamat Johor Baharu, kejadian itu menyebabkan seorang pemandu lori cedera setelah tersepit dalam lorinya yang dihempap bumbung itu.

Dua buah kereta dan sebuah motosikal turut mengalami kerosakan dalam kejadian itu, menurutnya.


“Ketika penyelamatan dibuat, didapati seorang mangsa lelaki iaitu pemandu lori tersepit dan dikeluarkan oleh pihak bomba. Mangsa telah dihantar ke hospital Sultanah Aminah dengan ambulans,” menurut kenyataan itu.

Pihak bomba menghantar sebuah jentera bersama sembilan anggota sebaik menerima panggilan tentang kejadian itu pada 4.36 petang dan tiba di lokasi kejadian pada 5.05 petang.