Monday, 13 October 2014

AIDIL TUNJUK BUKTI SEMUA KENYATAAN RITA RUDAINI ADALAH BOHONG BELAKA !!!




Mungkin kerana terlalu berang dengan kenyataan bekas isteri, Aidil Zafuan baru-baru ini telah membidas Rita Rudaini dengan memuat naik beberapa keping foto di laman Instagramnya. 


Antara foto yang dimuat naik Aidil ialah, keratan laporan akhbar Jumaat lepas, yang bertajuk “Rita Mengaku Tak Pernah Tuntut Cerai”.

Menurut Aidil dia yang selama ini berdiam diri sudah tidak boleh menahan sabar dan menganggap Rita semakin melampau.

Adil juga telah memuat naik sekeping foto transaksi wang yang dibuat ke atas nama Rita Rudaini dan anaknya Ryan Qaqa untuk membuktikan dia tidak mengabaikan tanggugjawab terhadap anak-anaknya.

Selain itu, pemain bolas sepak kebangsaan tersebut turut memaparkan beberapa imbasan skrin mesejnya kepada Rita yang tidak pernah sekali pun dijawab oleh aktres terbabit.

Jika diamati pada kapsyen di setiap foto yang dikongsi Aidil, jelas menunjukkan dia sangat marah sehingga bertindak mengeluarkan beberapa perkara sebagai bahan bukti.

Aidil juga dilihat sedang mempertahankan kebenaran dari pihaknya dan mungkin merasakan maruahnya tercalar kerana setiap kali kenyataan Rita dikeluarkan media, ramai pihak menghentamnya dan perkara tersebut menggambarkan seolah-olah dia seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab.murai.com.

Di bawah, merupakan foto yang dimuat naik Aidil di laman peribadi Instagramnya _a7z_: