KEBIASAANNYA ..... boleh dikatakan semua selebriti tidak akan mengaku gambar bersosial yang tersebar di media maya adalah gambar ‘original‘. Mereka akan tampil dengan alasan ‘super impose’ laa.... pelanduk 2 serupa laaa.... gambar 3 abad yang lalu laaa... dan bermacam-macam lagi.
Namun tidak bagi Zul Arifin. Mengakui lelaki di dalam gambar di atas adalah dirinya, Zul Ariffin menyedari yang dirinya telah melakukan kesilapan besar apabila bergambar sebegitu.
Kata Zul Ariffin menerusi Mstar Online :-
Ketika kejadian saya sedang menonton persembahan live band di sebuah kelab dan disapa oleh wanita berkenaan untuk mengambil gambar dan saya sekadar memenuhi permintaannya. Selepas gambar itu tersebar saya sedar ia satu kesilapan besar kerana cara itu agak berlebihan sehingga menimbulkan salah faham di kalangan peminat.
Kadang-kadang rasa serba salah untuk menolak permintaan peminat untuk bergambar atau menegur cara mereka kerana bimbang mereka berkecil hati. Namun kejadian itu memberi pengajaran kepada saya untuk lebih berhati-hati apabila bergambar dengan peminat wanita selepas ini.
Tak ada masalah pun kalau mengakui. Malah menampakkan kejujuran... Tidakkah itu sudah cukup menyenangkan peminat ???