Hari ini merupakan hari ke-4 prosiding rayuan Kes Liwat II Anwar Ibrahim yang bakal menyaksikan pihak pendakwaraya yang diketuai oleh Tan Sri Shafee untuk memulakan hujah beliau. Tidak banyak yang beliau perkatakan semalam selepas pihak peguambela Anwar Ibrahim yang diketuai oleh bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Gopal Sri Ram selesai membentangkan prosiding mereka.
Shafee cuma menjelaskan bahawa cuma terdapat dalam 15% sahaja hujah yang baru yang dikemukakan oleh pihak defenden dan beliau kecewa dengan masa yang terlalu lama yang diambil untuk membentangkannya. Yang lain cumalah hujah kitar-semula yang sudah dipatahkan oleh pihak pendakwaraya sebelum ini. Mereka mengambil kesempatan untuk menggunakan hujah yang lama dihadapan panel hakim yang baharu dengan harapan bahawa ia akan diterima. Namun, nota kehakiman telah dicatatkan dan pihak defendan hanya membuang masa dengan berhujah dengan alasan yang lama.
Secara keseluruhan, 14 orang peguam Anwar Ibrahim pada rayuan yang terkahir ini berusaha keras untuk menolak bukti DNA yang diperoleh yang membuktikan bahawa Anwar Ibrahim telah meliwat Saiful Bukhari.
Gopal Sri Ram selaku ketua peguambela telah memulakan hujah untuk menolak dakwaan bahawa Saiful diliwat secara paksa oleh Anwar Ibrahim. Dengan menggunakan bukti gambar Saiful berada di rumah Anwar sehari selepas kejadian liwat tersebut berlaku, Gopal cuba menyakinkan panel hakim bahawa wajah Saiful kelihatan ceria. Kemudian, prosiding seterusnya disambung oleh N Surendran pula yang membawa hujah teori konspirasi atas alasan mendakwa Saiful telah berjumpa dengan beberapa individu sebelum melaporkan kes tersebut ke pihak polis.
Hari ke-2 pula menyaksikan dua orang anak mendiang Karpal Singh mengambil tempat untuk berhujah. Sangeet Kaur memulakan dengan membawa hujah bahawa 3 barangan pada mana sampel DNA Anwar Ibrahim diperoleh oleh pihak polis seharusnya ditolak kerana diperoleh melalui helah dan waran tangkap yang dikeluarkan semasa pihak polis mendapatkan sampel DNA itu juga tidak sah. Hujah yang ke-4 yang memakan masa 2 hari adalah dari Ram Karpal. Ram berusaha untuk menyakinkan panel hakim berkenaan sampel DNA yang diperoleh dari dubur Saiful adalah tidak boleh digunapakai. Hujah yang mengambil masa yang agak panjang ini mempersoalkan integriti proses pengambilan sampel DNA yang dijalankan oleh Jabatan Kimia Hospital Kuala Lumpur dan juga pengendalian sampel oleh pihak polis.
Maka, dengan 4 peguam yang memaparkan 4 penghujahan rayuan yang hanya 15% daripadanya adalah baru, Tan Sri Shafee akan mengemukakan prosiding dakwaan beliau dan akan mematahkan hujah-hujah yang dinyatakan oleh peguambela Anwar.
Sesi mahkamah dijangka akan bermula dalam jam 9.00 pagi. KLXPress akan melaporkan secara langsung dari bilik mahkamah.
9.30 pagi : Ini lebih menakjubkan apabila Anwar turut menyerang hakim mahkamah dengan menyatakan bahawa institusi kehakiman ini terbabit dengan teori konspirasi yng tidak berasas tersebut. Ini adalah satu perbuatan yang menghina mahkamah.
Namun, pihak mahkamah masih lagi bersabar dengan dakwaan tersebut sambung Shafee.
9.25 pagi : Shafee memulakan hujah dengan memetik kata-kata Anwar Ibrahim yang mendakwa bahawa ini adalah konspirasi tertinggi dari pihak kerajaan yang mengaitkan dari pegawai penyiasat, anggota polis yang berkawal sehinggalah kepada bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir.
Tuduhan liar ini tidak besertakan bukti yang jelas tetapi kepada potongan-potongan cerita yang tidak berkesinambungan untuk mewujudkan persepsi yang salah ini. Shafee juga menyatakan bahawa Anwar telah mengadu terdapat dokumen tidak didedahkan kepada pihak peguambela, namun pihak peguambela sendiri tidak memfailkan permohonan untuk mendapatkan dokumen tersebut.
9.15 pagi : Tan Sri Shafee memulakan prosiding pendakwaan beliau dengan menyatakan bahawa rayuan pihak peguambela adalah atas alasan teori konspirasi sahaja yang kononnya untuk memerangkap Anwar Ibrahim dengan jenayah yang tidak ada kaitan dengan politik.
Beliau akan berhujah bermula dari kenyataan Anwar Ibrahim sendiri daripada kandang tertuduh. Analisa akan dibuat secara keseluruhan dan akan berpijak kepada realiti kes yang disebut, bukannya seperti pihak peguambela.
8.55 pagi : Ketua Pendakwaraya, Tan Sri Shafee telah sampai ke bilik mahkamah dengan wajah yang ceria dan yakin. Mahkamah sedang bersedia untuk dimulakan pada bila-bila masa sahaja.
9.00 pagi : Anwar Ibrahim hadir ke mahkamah melalui pintu khas yang disediakan oleh pihak mahkamah. Dia tidak menggunakan laluan utama kerana tidak ada kerahan tenaga PKR untuk menyambut kehadirannya.
8.50 pagi : Kehadiran kerahan tenaga PKR pada hari ini pula seperti tidak kelihatan pada hari ini. Anggota polis masih dengan kekuatan yang sama sedang mengawal keselamatan dan melakukan pemantauan. Dijangkakan bahawa hari ini provokasi daripada kumpulan kerahan tenaga PKR ini akan menjadi agresif untuk memberikan tekanan kepada mahkamah dan juga pendakwaraya dalam memberikan hujah balas mereka.
Sumber mendedahkan bahawa kerahan tenaga PKR ini tidak lagi mendapat dana yang secukupnya dan bilangan yang hadir terpaksa dikurangkankan.
8.30 pagi : Bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Gopal Sri Ram tiba bersama AP Wangsa Maju Tan Kwee Kong, AP Tumpat yang juga Anwarinas di dalam PAS, Kamarudddin Jaafar dan bekas Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution.
Juga di dalam bilik mahkamah adalah Timbalan Presiden PAS yang juga penyokong kuar Anwar Ibrahim, Mat Sabu disertai oleh bekas Menteri Besar Selangor, Muhammad Muhammad Taib.
8.15 pagi : Wartawan dan pemantau antarabangsa telah dibenarkan untuk masuk ke dalam bilik mahkamah.
Peguam Zamri Idrus yang bersama magsa liwat Anwar Ibrahim, Saiful Bukhari telah berada di dalam bilik mahkamah bersama timbalan pendakwaraya, Mohd Hanfiah Zakaria
Peguambela Anwar pula yang terdiri daripada pemimpin PKR seperti N Surendran, Sangeet Kaur Deo dan Latheefa Koya sedang menunggu kehadiran klien mereka.
SUMBER : klxpress.com
No comments:
Post a Comment