Friday, 31 October 2014

ABU SAYYAF TUNTUT RM 3 JUTA ATAU PENGGAL KEPALA CHAN SAI CHUIN ???


KOTA KINABALU: Kumpulan militan Abu Sayyaf mengugut memenggal kepala penternak ikan dalam sangkar, Chan Sai Chuin jika wang tebusan berjumlah RM3 juta tidak dibayar pada November.



Isteri Chan, Chin Pek Nyen (gambar) berkata, kumpulan militan itu bagaimanapun tidak menetapkan tarikh tertentu namun mengingatkannya bahawa mereka akan membunuh suaminya jika permintaan tidak dipenuhi.

"Mereka (Abu Sayyaf) memberitahu saya bahawa mereka akan menghantar kembali kepala Chan jika saya gagal membayar wang tebusan," kata Chin .

Chin, 42, berkata demikian pada sidang media di sini sambil merayu kepada kerajaan negeri dan Persekutuan supaya meningkatkan usaha untuk membebaskan suaminya.

Beliau berkata ancaman daripada penggas itu diterimanya menerusi panggilan telefon semalam.

"Saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Saya cuba untuk meminjam wang daripada keluarga dan rakan-rakan bagi mengumpul wang itu.

"Tapi berapa ramai orang boleh bagi pinjaman, saya memerlukan bantuan kerajaan," katanya.

Chan diculik di Kampung Sapang Air, Kunak pada 16 Jun lalu dipercayai berada dalam keadaan selamat.

Post a Comment