Thursday 4 September 2014

UGUT BUNUH PM DI STATUS FACEBOOK.. 'NURUL NIZAM' DIBURU POLIS...


Johor Bahru – Satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan, di sini, hari ini, berkaitan status satu akaun laman sosial Facebook yang didakwa mengugut menembak Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan serta individu tertentu dalam kabinet.

Laporan polis berkenaan dibuat oleh seorang pegawai polis, kira-kira 2 petang.

Status berkenaan dipercayai dimuat naik pemilik akaun FB, Nurul Nizam, pada 10.45 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh ketika dihubungi mengesahkan laporan polis berkenaan.

Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan dengan cara menyembunyikan nama. – Harian Metro

No comments: