Thursday 4 September 2014

PAS NAFI CALONKAN 3 EXCO UNTUK JAWATAN MB SELANGOR ... PULAK DAH !!!

alt

KUALA LUMPUR 4 Sept - PAS hari ini menafikan sekeras-kerasnya laporan portal The Star Online mengatakan parti tersebut menamakan tiga Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) bagi mengisi jawatan Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Setiausaha PAS Datuk mustafa Ali berkata, surat yang dihantar kepada istana itu telahpun dibatalkan.

"Laporan itu tidak betul kerana cadangan untuk mencadang ketiga-tiga nama itu sudah dibatalkan," katanya yang dipetik Malaysian Insider.

Pagi tadi, portal The Star Online malaporkan PAS telah menghantar tiga calon dari kalangan partinya sebagai respon permintaan Sultan meminta setiap parti komponen Pakatan rakyat (PR) mengemukakan lebih dari dua nama untuk mengisi jawatan Menteri Besar.

Laporan tersebut, tiga individu tersebut merupakan exco kerajaan negeri dari PAS iaitu :  

  • Iskandar Abdul Samad, 
  • Sallehin Mukhyi and 
  • Dr Ahmad Yunus Hairi.


Mustafa walaubagaimanapun enggan mengulas mengenai calon yang yang dihantar kepada Istana.

PAS, PKR dan DAP diberi tempoh sehingga semalam untuk menyerahkan senarai calon sepertimana yang diperintahkan Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Sementara itu, malam tadi dilaporkan kenderaan rasmi Istana Selangor tiba dihadapan pejabat PKR bagi menyerahkan pengesahan penerimaan pencalonan dari parti tersebut.

PKR dalam kenyataannya selepas itu mengesahkan perkara tersebut dan menjelaskan pihak istana meminta lebih dari satu nama dicalonkan parti itu selain Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

No comments: