Tuesday, 30 September 2014

PENYANYI ALIFF AZIZ DIDENDA $2K CURI TELEFON BIMBIT

KERATAN DARI SEBUAH AKHBAR SINGAPURA

PENYANYI kelahiran Singapura yang telah mencipta nama di Malaysia , Aliff Aziz, dikenakan denda $2,000 Jumaat lalu atas kesalahan mencuri telefon bimbit.

Jika gagal membayar denda tersebut, dia boleh dipenjara 20 hari sebagai ganti.

Menurut kertas pertuduhan, Aliff, 23 tahun, atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Aziz, didakwa mencuri dua telefon bimbit berjenama HTC ONE dan Samsung Note 1, yang setiap satu bernilai $800.


Telefon itu dimiliki seorang individu bernama Yong Kit Siong.

Aliff dikatakan mencuri telefon bimbit itu bersama seorang lagi lelaki bernama Muhammad Nurazlee Roslee pada atau sekitar 12.01 tengah malam pada 24 Mei lalu di kolong blok Blok 36 Tanglin Halt Road.

Bagi kesalahan mencuri, dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Aliff didakwa di mahkamah buat kali pertama pada 16 Ogos lalu.