Tuesday, 30 September 2014

(FOTO) : WANITA HAMIL KEMBAR 5


BIASANYA.... wanita barat sangat obses dengan bahagian2 tubuh yang besar sebagai daya tarikan seksual mereka. Mereka sanggup lakukan apa sahaja dan yang paling popular adalah pembedahan plastik untuk membesarkan sama ada... bibir, payudara atau pinggul ataupun kesemuanya demi untuk kelihatan cantik dan menarik malah seksi !!!


TETAPI ....gambar di atas bukanlah wanita yang melakukan pembedahan plastik untuk membesarkan perutnya !!! Mana ada pembedahan plastik untuk membesarkan perut!!! Giler!!! Itulah gambar sebenar wanita yang sedang hamil kembar 5....

Mexico- Seorang wanita berusia 23 tahun, Alexandra Kinova telah mengandung selama sembilan bulan dan dijangka melahirkan anak kembar seramai 5 orang. Fenomena luar biasa ini mengundang rasa tertarik di kalangan media. Manakan tidak,perut nya kelihatan seperti hendak pecah.

Menurut laporan akhbar dalam MailOnline semalam,untuk meyelamatkan nyawa ibu dan anaknya, Alexandra akan menjalani pembedahan untuk melahirkan anak tersebut. Selain itu, Alexandra adalah wanita pertama yang hamil tanpa menjalani rawatan kesuburan. Bukan senang nak jadi seorang wanita.


Sebelum ini, Alexandra hanya dikurniakan seorang anak lelaki yag agak ‘handsome’. Alexandra hanya menyedari dia hamil kembar sejak bulan lima lepas. Sebulan kemudian,dia akhirnya didapati mngandung anak kembar lima.

Semamngya keluarga Alexandra berasal daripada keturunan yang melahirkan anak kembar. Kesemua anak-anaknya akan diberi perhatian yang lebih agar kesemuanya menerima layanan yang sama rata.