Tuesday, 30 September 2014

LELAKI WARGA EMAS DITEMUI MATI ATAS BUMBUNG RUMAH SENDIRI


Beberapa keping gambar yang dimuatnaik oleh Pihak Bomba Jitra, Kedah yang menurunkan mayat lelaki dipercayai meninggal di atas bumbung menimbulkan persoalan oleh pengguna media sosial. Caption bomba seperti dibawah:

KHIDMAT KHAS - Menurunkan mangsa yang berada di atas bumbung rumah yang dipercayai telah meninggal dunia pada pukul 2.33 ptg td di Kg Paya Bkt Hantu, Kodiang, Kedah. Mangsa berjaya diturunkan dan diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan lanjut. Operasi berkenaan dilakukan oleh BBP Jitra

Menurut sumber ahli keluarga itu sendiri, punca sebenar diceritakan bahawa mangsa yang berumur 79 tahun terkena serangan jantung ketika membaiki atap yang bocor.
Bt pengetahuan semua arwah sihat org nya sblm Ani..biasalah sakit biasa2 aja....79 umurnya...dia naik ke bumbung untuk membaiki kebocoran atap..mungkin serangan jantung...tp apakan daya allah lebih menyayanginya..kami sekeluarga redha dengan kekentuan ilahi..
 

 Takziah kepada keluarga mangsa. Semoga mangsa ditempatkan dalam golongan orang beriman. -TengokTVonline