Wednesday, 3 September 2014

JURUGAMBAR KENA TUMBUK : APA KATA WARIS MANGSA #MH17

alt

KUALA LUMPUR 3 Sept - Seorang waris kepada tiga mangsa nahas pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang didakwa mengasari seorang jurugambar mendakwa di laman sosial media bahawa keluarganya berulang kali menegaskan kepada media untuk membiarkan mereka bersendirian.
 
Lelaki tersebut yang menggunakan nama Logan Retnam di Facebook berkata, walaupun berulang kali menyebut ‘no media’ kepada jurugambar tersebut namun permintaan tersebut tidak diendahkan.
 
Sebaliknya Logan mendakwa, jurugambar tersebut masih terus merakamkan gambar keluarga dan rakan-rakan mangsa.
 
“Saya tidak faham mengapa media merasakan kami mahu hebahkan perkara ini (upacara pengkebumian). Adakah kami harus berkongsi dengan anda (media) mengenainya.
 
“Sekiranya insiden itu menimpa orang yang anda sayangi, mungkin anda merasakan kesakitan yang sama dan kemarahan yang kami lalui sekarang,” katanya.
 
Logan turut menjelaskan tiada menteri atau orang kenamaan (VIP) yang dijemput ketika upacara itu dijalankan melainkan keluarga terdekat.
 
“Ini bukan acara politik atau perkauman, ia adalah upacara pengkebumian!
 
“Berikan ruang kepada keluarga (waris mangsa nahas) untuk meratapi kesedihan mereka secara tertutup," tegasnya lagi.
 
Dalam postingnya, Logan membidas MAS dan petugas pusat pengebumian, lokasi insiden tersebut berlaku kerana tidak menghormati permintaan keluarga untuk merahsiakan butiran pengebumian.
 
“MAS menyiarkan butiran peribadi mengenai rancangan pengebumian sedangkan kami memaklumkan kepada mereka untuk melindungi privasi kami.
 
“Kemudian, petugas pusat pengebumian membiarkan media untuk membuat liputan walaupun keluarga memohon untuk diberikan privasi,” katanya.

No comments: