Wednesday 3 September 2014

BIAR BETUL...!!! MALAYSIA NAK SEWA JET PEJUANG TAPI KEKURANGAN DANA ???!!!


BENARKAH laporan sebuah portal berita yang kononnya kerajaan Malaysia bercadang untuk menyewa jet pejuang?
Bahan berkenaan kini dikongsi di beberapa laman web dan fan page milik pembangkang.
Menerusi laporan tersebut, kerajaan dikatakan kekurangan dana untuk membiayai jet pejuang yang sepatutnya dibeli daripada syarikat pembekal, BAE System yang merupakan syarikat multinasional British yang membekalkan peralatan pertahanan, sekuriti dan aeroangkasa.

Menurut Pengarah Kumpulan Perkembangan Perniagaan syarikat tersebut, Alan Garwood, kerajaan Malaysia telah menyatakan pihaknya mengalami masalah daripada segi kewangan.
“Kerajaan Malaysia secara terbuka memberitahu mereka mempunyai masalah kewangan, menamatkan subsidi dan kewujudan cukai tambah nilai dan tidak mempunyai keinginan untuk membeli Typhoon pada masa kini,” katanya dalam laporan berita itu.
Laporan itu disiarkan oleh portal yang mengelar diri sebagai Incountrty China.
Namun setelah dibuat carian menerusi laman Internet, sah tiada apa-apa langsung perkhabaran daripada mana-mana sumber media yang boleh dipercayai mengenai kesahihan perkara itu.
Walaupun memetik orang tertentu di BAE System, tidak ada kesahihan langsung dalam kandungan berita yang memalukan itu.
Ini sudah tentunya mainan politik kotor ‘cybertroopers’ pihak pembangkang yang cuba membangkitkan perkara seperti ini untuk memburukkan nama kerajaan Malaysia di mata dunia.
Kakitangan upahan dipercayai oleh DAP sanggup mewujudkan portal dan berita palsu untuk disebarkan semata-mata mahu mengaburi mata dan pemikiran rakyat.
Justeru itu, berhati-hatilah dengan sebarang maklumat terutama yang mempunya elemen menjatuhkan kerajaan kerana kebarangkalian besar ia berpunca daripada ah beng ah beng yang ‘berjihad’ cara sendiri untuk membantu Lim Kit Siang dan partinya.- MYNEWSHUB

No comments: