Thursday, 21 August 2014

RAKYAT MALAYSIA TERBUNUH KETIKA BERTEMPUR DI SYRIA


Berita kematiannya dimaklumkan seorang rakyat Malaysia lain yang turut berada di sana menerusi Facebook. Abu Turab dikatakan gugur ketika mempertahankan Kampung Syar’aya selepas bertempur selama satu jam.


Difahamkan, allahyarham yang sering membaca al-Quran dan solat malam sempat mengucap dua kalimah syahadah sambil memberi isyarat jari telunjuk sebanyak sepuluh kali sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Adalah satu rahsia terbuka, terdapat rakyat Malaysia yang kini berada di Syria atas misi menjadi mujahidin dan mengejar mati syahid selepas negara berkenaan berada di bawah pemerintahan Bashar Assad yang kejam.

Walau pun ada yang mengaitkan perjuangan rakyat Malaysia di sana dengan kumpulan militan tertentu seperti al-Qaeda, Kumpulan Negara Islam Iraq dan Jajahannya (Isil) dan Kumpulan Militan Negara Islam di Iraq dan Syria (Isis); perkara ini dinafikan beberapa rakyat Malaysia yang berada di sana yang menggelarkan mereka sebagai ‘pejuang jihad bebas’.

Ikuti coretan sahabat beliau ini :
Sahabat kami Abu turab telahpun menemui Allah gugur sebagai Syuhada di ketika pertahan kampung Syar'aya. Dalam peperangan itu saya berkata kepadanya rehat dulu saya yang akan ke depan untuk pertahan kampung itu setelah satu jam bertembak tiba tiba peluru kereta kebal menuju kearahnya lalu dia rebah ke bumi.

Sahabat Arab mendengar dia mengucap dua kalimah syahadah dalam keadaan mengangkat tangan dan member isyarat dengan telunjuknya sebanyak sepuluh kali mengucap.

Mat Soh sungguh taat dan patuh kepada arahan yang diberi.  Tak pernah bantah walaupun dia lebih tua dari saya . Selalu membaca AlQuran dan sembahyang malam.

Sekarang ini baru diberi kesempatan oleh Allah untuk menulis sedikit kisah mengenai sahabat saya yang pertama gugur syahid diantara orang orang Malaysia bersama saya.

Berdoalah Semoga Allah menerimanya sebagai Syuhada. Kami telah berjanji sesama kami siapa yang syahid nanti bila bertemu Allah sebutlah nama kami di depan Allah ....


Syahid ataupun tidak.... itu semua Allah yang tentukan.... 
Al-Fatihah....

No comments: