Thursday, 21 August 2014

BULAN TIDAK AKAN MENJADI KEMBAR PADA 27 OGOS 2014


Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) hari ini menafikan dakwaan kononnya planet Marikh akan membesar seperti bulan dan kemunculan bulan berkembar pada Rabu depan (27 Ogos), seperti yang tersebar di laman sosial dan khidmat pesanan ringkas.


Menurut kenyataan ANGKASA, jarak planet Marikh adalah stabil pada orbitnya pada malam berkenaan iaitu 201.69 juta kilometer atau 125.28 juta batu dari bumi, dan bukannya 34.65 juta batu seperti yang telah disebarkan itu.

Pada jarak itu, planet Marikh hanya akan kelihatan seperti sebuah bintang merah di langit malam dan ia akan terbenam sekitar jam 12 tengah malam, dan oleh yang demikian ia tidak lagi kelihatan selepas daripada waktu itu.

Bulan pada malam itu berada pada fasa anak bulan dan bukannya bulan penuh.

Bulan juga akan terbenam awal pada hari tersebut iaitu sekitar 8.30 malam dan ia tidak lagi kelihatan pada 12 malam seperti yang digembar-gemburkan.

Fasa bulan penuh terdekat adalah pada 11 0gos 2014 dan 9 September 2014.  Maka fenomena yang didakwa itu tidak benar dan tidak akan berlaku sama sekali, jauh sekali untuk berulang lagi di masa-masa akan datang.

Kelamahan helah mesej tersebut adalah apabila ketiadaan sumber penulis dan rujukan dari hasil penulisannya. Masyarakat harus lebih bijak dalam menyampaikan berita dan mencari kesahihan sebelum memanjang-manjangkan berita palsu seperti ini,” tegas kenyataan itu. Bernama

No comments: