Wednesday, 16 July 2014

SINGAPURA ANTI-PALESTIN ??? POLIS SINGAPURA ARAHKAN INDIVIDU TURUNKAN BENDERA DIPASANG DI FLAT HDB !!!



SINGAPURA :  Polis Singapura hari ini mengarahkan individu yang menggantung bendera Palestin di perumahan flat HDB di Sim Drive menurunkan bendera berkenaan dari blok kediaman tersebut.

Individu yang hanya mahu dikenali dengan nama Gulam, 33 tahun, seorang pekerja sambilan dalam sektor minyak dan gas menyatakan bahawa tindakannya itu adalah bertujuan menyedarkan masyarakat di Singapura mengenai pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh tentera Zionis Israel kepada rakyat Palestin di Gaza.

Beliau turut menyatakan, tindakan beliau menggantung bendera Palestin itu telah menyebabkan beliau didatangi oleh beberapa orang anggota polis yang meminta beliau mengalihkan bendera tersebut dari flat HDB.

"Bendera tersebut telah dialihkan secara sukarela. Dan kini kami sedang menyiasat perkara ini," ujar seorang jurucakap Polis Republik Singapura.

En. Gulam yang merupakan seorang warga Singapura turut disoal siasat mengenai latar belakang bangsa dan agama keluarganya.

"Mereka melihat passport saya dan bertanya kepada saya mengenai lawatan saya ke banyak negara di Timur Tengah," ujar Gulam yang pernah melawat ke Israel tujuh bulan yang lalu atas urusan kerja.

Di bawah Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer), adalah satu kesalahan bagi mana-mana orang untuk memaparkan di khalayak ramai lambang negara, termasuk bendera mana-mana negeri lain selain daripada bendera dan lambang Singapura.

Akta ini bagaimanapun memberi pengecualian untuk wakil diplomatik atau konsular. Seseorang yang disabitkan kesalahan itu boleh didenda sehingga 500 dolar Singapura atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya.

Siasatan keatas laman Facebook milik Encik Gulam mendapati beliau meletakkan gambar dan video konflik yang terjadi di Palestin. Dan beliau didapati telah menyumbangkan wang kepada kutipan derma di Malaysia bertujuan membantu mangsa Palestin.

"(Konflik) perlu menjadi perhatian setiap manusia. Jika rakyat biasa boleh keluar membantu dengan cara ini, pemimpin-pemimpin dunia perlu sama mengambil tindakan, "katanya.

Post a Comment