Thursday 19 June 2014

TERTUDUH KES BUNUH ALTANTUYA DI "TANGKAP BASAH' DENGAN ISTERI POLIS !!!

Azilah Khalwat

Sepang – Bekas pegawai polis, Cif Inspektor Azilah Hadri ditahan  semalam bersama pasangannya yang juga merupakan isteri orang atas tuduhan berkhalwat di sebuah kuarters polis, Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang, Selangor, kira-kira pukul 2 awal pagi tadi.


Ketua Polis Daerah Sepang Superintendan Mohd Yusoff Awang ketika dihubungi Bernama mengesahkan tangkapan khalwat itu. 

Katanya, Azilah, anggota Unit Tindakan Khas dan wanita tersebut akan dirujuk kepada Jabatan Agama Islam Selangor atas pertuduhan khalwat dan polis juga telah membuka kertas siasatan untuk tindakan tatatertib terhadap mereka. 

Azilah yang masih bujang ditangkap berdua-duaan dengan Musliha Makrani yang juga seorang anggota polis oleh suami Musliha sendiri.

Menurut laporan polis yang dibuat suami Musliha, Azilah ditemui sedang menyembuyikan diri dalam sebuah bilik di sebalik timbunan pakaian di tepi katil.

Ketika kejadian, ketiga-tiga anak Musliha sedang tidur.

Azilah dan Musliha telah diserahkan kepada Pejabat Agama untuk tindakan lanjut.

Beliau sebelum ini merupakan salah seorang daripada individu yang didakwa terlibat dengan kes pembunuhan berprofil tinggi penterjemah dan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Mahkamah Rayuan sebelum ini melepas dan membebaskan Azilah dan Koperal Sirul Azhar Umar, daripada pertuduhan membunuh penterjemah Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Tiga anggota panel hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara mengetepikan hukuman mati yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas membenarkan rayuan mereka terhadap pensabitan dan hukuman.

No comments: