Bek kiri Cameroon Benoit Assou-Ekotto berkata dia tidak mempunyai sebab untuk dia cuba bermain bagi pasukan Perancis kerana negara itu akan menyalahkan pemain kulit hitam dan mereka yang beragama Islam apabila beraksi buruk.
Pemain yang berkelahiran Perancis itu beraksi baik pada perlawanan pembukaan Cameroon menentang Mexico dan layak beraksi untuk negara Afrika itu kerana bapanya."Apabila pasukan kebangsaan Perancis mendapat keputusan yang buruk, mereka akan mula berkata ada terlalu banyak pemain berkulit hitam ataupun yang beragama Islam dan sebagainya," Assou-Ekotto memberitahu BBC.
"Dan saya tidak suka dengar komen negatif begini jadi tidak ada guna bagi saya beraksi bagi negara sebegini".
Assou-Ekotto memulakan kariernya bersama Lens di Ligue 1 Perancis sebelum ditandatangani Martin Jol untuk Tottenham pada 2006.
Pemain berusia 30 tahun itu telah membuat 150 penampilan untuk pasukan White Hart Lane itu sebelum di pinjamkan kepada QPR musim lalu.
Dia beraksi sebanyak 32 kali untuk QPR musim lepas dan berjaya membantu mereka naik semula ke Liga Perdana. SUMBER
Perancis adalah salah satu pasukan pilihan aku di edisi Piala Dunia kali ini...rupanya anti Islam.... hurmmmm..!!!
No comments:
Post a Comment