Monday 9 June 2014

POLIS TAHAN 6 INDIVIDU BAKAR MERCUN DI FINAL PIALA FA 2014

Hiasan

SHAH ALAM  - Polis menahan enam individu kerana disyaki membakar mercun ketika perlawanan akhir Piala FA 2014 antara skuad bola sepak Pahang dan Felda United FC di sini malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Ruslan Abdullah berkata insiden itu sepatutnya tidak berlaku kerana bahan tersebut dilarang daripada dibawa masuk ke stadium memandangkan ia boleh membahayakan penonton.

"Setelah keterangan daripada individu berkenaan yang berumur dalam lingkungan 20-an diambil, kes ini dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan seterusnya," katanya ketika dihubungi Bernama.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 3 (5) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih sebulan atau didenda sehingga RM100 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.


- AstroAwani

No comments: