Friday, 13 June 2014

PIALA DUNIA FIFA 2014 BRAZIL : KJ CUBA 'KELENTONG' PM !!!


KUALA LUMPUR – Dalam kesibukan desas-desus rombakan kabinet, salah seorang Menteri berani untuk memohon “cuti sakit” secara terang-terangan daripada Perdana Menteri di media sosial!

Cubaan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin untuk mendapat “cuti sakit” disebabkan demam Piala Dunia 2014 awal pagi tadi ditolak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Dalam tweet Khairy pada jam 5.56 pagi tadi itu, beliau dalam nada bergurau memberitahu Datuk Seri Najib bahawa beliau tidak dapat masuk kerja hari ini kerana diserang demam panas.

Khairy turut meletakkan hashtag #CubaNasib , kononnya untuk meraih simpati.




Tweet Khairy yang berunsur jenaka itu mendapat hampir 5,000 retweet.

Tanpa disangka pada jam 2.12 petang, tweet Khairy itu dijawab sendiri oleh Datuk Seri Najib dengan nada sinis, “Baguslah anda rasa sihat dan datang juga ke mesyuarat kabinet”.Datuk Seri Najib pula menggunakan hashtag #MCDitolak.

Khairy kemudian melakukan retweet ke atas jawapan Datuk Seri Najib itu sambil berkata “Pengajaran bagi semua yang mahu kelentong boss masing2 semasa World Cup”. 

1 comment:

Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.