Friday 6 June 2014

HAI-O TIDAK PERNAH MENYINTAI FAFAU ???


Untuk makluman anda, sebelum ini terbit desas-desus yang menyatakan perubahan Fafau memakai tudung adalah kerana sedang asyik bercinta dengan seorang pemain bola sepak. Lantaran itu, orang ramai membuat tekaan bahawa pemain itu ialah Hai O.


Hairuddin Omar atau lebih popular dengan nama gelaran Hai O di kalangan peminat bola sepak tanah air hari ini tampil menerusi Mstar Online untuk menafikan gosip percintaan antara dirinya dengan Fara Fauzana. 

Menurut Hai O, ketika desas-desus ini bertebaran, Fafau ada menghubunginya dan memberitahu agak sedih dengan khabar angin yang tidak betul ini. Kata Hai O:-
Kami tidak bercinta dan tidak pernah pun keluar bersama. Cukuplah! Jangan buat andaian yang tidak betul. Kesian dengan dia (Fara)
 

No comments: