Friday, 6 June 2014

DAP KECAM ISLAM SEKAT HAK BERAGAMA BUKAN ISLAM


KUALA LUMPUR, 6 JUN : 

Tindakan JAIS menyerbu satu acara perkahwinan Hindu membabitkan pengantin yang beragama Islam baru-baru ini telah menimbulkan ketidak puasan hati beberapa pemimpin Pakatan Rakyat.

Yang terbaru, Ahli Parlimen DAP Serdang, Ong Kian Ming dalam satu sidang media telah bertindak mengecam jabatan agama tersebut dan mempertikaikan mengapa sensitiviti masyarakat bukan Islam di Malaysia di pandang remeh oleh pihak berkenaan.

Dalam sidang media itu, Ong menyifatkan penganut agama lain di Malaysia kini mula dihantui dengan kebimbangan apabila hak beragama mereka mula di dihalang dan juga diganggu di atas nama undang-undang.

Beliau juga memberitahu masyarakat bukan Islam di negara ini kini umpama tawanan kerana pihak Jabatan Agama Islam dan beberapa pihak lain kini mula bertindak ala 'diktator' dengan tidak memperdulikan perasaan masyarakat bukan-Muslim dan menghormati kesucian majlis keagamaan seperti ditunjukkan dalam serbuan yang dilakukan itu.

"JAIS sepatutnya menghormati kesucian tempat ibadat bukan-Islam, dan meminta kebenaran kerajaan negeri terlebih dulu, bukannya menggunakan pendekatan ‘buat dahulu, fikir kemudian.

Kenyataan tidak sensitif oleh Timbalan Ketua Pengarah JAIS Ahmad Zaki Arshad di atas serbuan yang dilakukan menunjukkan JAIS gagal mengambil kira perasaan penganut bukan-Islam", ujar Ong.

Sebelum itu, JAIS melalui Timbalan Ketua Pengarahnya, Ahmad Zaki Arshad telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa pihak mereka hanya melakukan pemeriksaan dan bukannya serbuan seperti mana yang didakwa oleh pemimpin pembangkang.

“Itu bukan serbuan atau operasi. Kita hanya datang buat pemeriksaan biasa sahaja tanya pemilik kad pengenalan betulkah dia beragama Islam dan kita masih mengikut prosedur", ujar Ahmad Zaki.

Ong ketika diminta mengulas kenyataan tersebut jelas kecewa dan menyifatkan alasan melakukan pemeriksaan kad pengenalan adalah satu alasan yang tidak bijak dan beliau turut menyoal bagaimana pula dengan kad pengenalan masyarakat Sabah dan Sarawak yang diketahui mempunyai nama yang sukar diketahui anutan agamanya.

“Misalnya Ketua Pengarah Eksekutif PEMANDU Datuk Idris Jala. Adakah JAIS akan menyiasat individu bernama Idris Jala jika ada laporan beliau hadir ke gereja?” tambah Ong lagi.- UtaraNews.com

No comments: