Thursday 29 May 2014

SIAPA SULTAN PERAK KE-35 ?

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebentar tadi tiba di Istana Iskandariah di sini bagi memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.
Turut bersama rombongan Perdana Menteri memasuki di Balairong Seri Istana Iskandariah termasuk Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah dan Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim.
Sultan Perak ke-35 akan ditabalkan pada petang ini sebelum jenazah Almarhum Sultan Perak dimakamkan selepas solat Asar. Adakah Raja Dr. Nazrin Shah akan menaiki takhta? Kita tunggu dan nantikan jawapannya di istiadat pertabalan Sultan Perak ke-35 petang ini.....

No comments: