Tuesday, 6 May 2014

SERANGAN BOM DI BALAI POLIS DAN PERUMAHAN AWAM GEGARKAN HAT YAI


Dua letupan bom menggegarkan bandar Hat Yai, kira-kira 45 kilometer dari Bukit Kayu Hitam, dekat sini petang ini menyebabkan sekurang-kurangnya lapan cedera.



Bagaimanapun, tiada laporan kecederaan membabitkan rakyat Malaysia setakat ini.



Kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 2.55 petang waktu Malaysia membabitkan dua lokasi iaitu di hadapan kedai 7Eleven, Polpichai Road dan kawasan perumahan polis bertentangan dengan Ibu Pejabat Polis Daerah Hat Yai.



Jurucakap pejabat Konsulat Malaysia di Songkhla ketika dihubungi mengesahkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden itu.



Pada 22 Disember lalu, sebanyak 24 orang dilaporkan cedera dalam salah satu daripada empat kejadian letupan bom yang menggegarkan bandar sempadan Danok dan Padang Besar, dekat Bukit Kayu Hitam.

Bagaimanapun, tiada rakyat Malaysia cedera dalam insiden letupan di kedua-dua bandar kecil yang popular dengan pelancong itu. UtusanMalaysia


**Ramai warga Malaysia suka melancong dan melencong ke Hat Yai.... Nak ke sana sekarang ni...fikir-fikirkan dulu. Maklumla.... Hat Yai sedang bergolak sekarang. Ingatan agar anda tidak menjadi mangsa ......

Post a Comment