Tuesday 6 May 2014

LAGI WARGA CHINA DICULIK DI SABAH !!!


LAHAD DATU 6 Mei - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) hari ini mengesahkan laporan bahawa seorang pengurus syarikat ternakan ikan dalam sangkar dipercayai warga China dilarikan sekumpulan lima lelaki bersenjata di Pulau Baik atau Pulau Babi, dekat sini, 2.45 pagi tadi.

Ketua Pengarah ESSCOM, Datuk Mohammad Mentek berkata ,mangsa dikenali sebagai Yang Zai Lin, 34, berasal dari Guangzhao, China.

"Namun penjenayah dari Selatan Filipina itu berjaya meloloskan diri ke perairan antarabangsa," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkatsa, Zai Lin bekerja di syarikat Wonderful Terroce Sdn Bhd milik warga China dari Hong Kong selama tiga tahun.

Katanya, anggota pasukan keselamatan dan pertahanan ESSCOM termasuk unit udara dan laut telah berusaha untuk memintas bot yang dinaiki oleh penjenayah tersebut sehingga berlaku kejadian kejar mengejar dan tembak menembak berhampiran Pulau Mataking.

"Siasatan awal menunjukkan terdapat 16 pekerja di Syarikat berkenaan dengan lapan lelaki bangsa timor memiliki dokumen manakala lapan pekerja bangsa Suluk termasuk seorang wanita tidak mempunyai dokumen yang sah," katanya.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Wira Hamza Taib dijangka mengadakan sidang media bagi memberikan butiran penuh berhubung kejadian jenayah itu petang ini.

No comments: