Wednesday 21 May 2014

POLIS TRAFIK RAMAS BUAH DADA BESAR WANITA MEMANDU MABUK


Seorang wanita berusia 24 tahun telah mendakwa dicabul selepas ditahan oleh tiga orang polis trafik kerana mabuk.

FMT melaporkan, wanita yang bekerja di pusat kecergasan itu telah membuat satu laporan polis terhadap tiga anggota berkenaan di Balai Pudu.

Beliau mengaku memandu dalam keadaan mabuk ketika ditahan pada pukul 4 pagi, 17 Mei di Jalan Tun Razak berdekatan Kedutaan Amerika Syarikat.

"Tiga orang polis mengelilingi saya dan salah seorang mengatakan saya memiliki buah dada yang besar," katanya dalam laporan yang dibuat.

"Salah seorang daripada mereka berdiri di hadapan saya. Beliau kemudian memasukkan tangannya ke dalam baju sambil meramas payudara saya."

Beliau kemudian mendakwa 'ditawarkan' penyelesaian untuk merahsiakan insiden tersebut daripada keluarganya.

"Selepas itu saya di bawa ke dalam Pajero dan diarahkan tunggu sehingga 45 minit sehingga rakan saya tiba untuk membuat 'rundingan'.

Beliau mendakwa lagi polis berkenaan telah menerima rasuah RM100 untuk melepaskannya.

OCPD Cheras, Mohan Singh Tara Singh tidak dapat dihubungi untuk memberi komen.

No comments: