Sunday 11 May 2014

PEMILIHAN PKR CABANG SHAH ALAM TEGANG KERANA 'BUNGA RASUAH' !!!


Yaakob (kanan) ketika menegur Rodziah yang mengedarkan kuntuman bunga di pintu masuk Dewan Teratai, Seksyen 19, Shah Alam, hari ini. - Foto Sinar Harian oleh JANATUL FIRDAUS YAACOB
SHAH ALAM - Pemilihan PKR Cabang Shah Alam kecoh apabila Calon Ketua Cabang, menegur lawannya, Rodziah Ismail yang mengedarkan bunga di pintu masuk Dewan Teratai, Seksyen 19, sebentar tadi.

Yaakob yang juga Adun Kota Anggerik tidak berpuas hati dengan tindakan Rodziah yang disifatkan mengula-gulakan pengundi dengan mengedarkan kuntuman bunga mawar.

Berlaku sedikit pertikaman lidah antara kedua-dua lawan sekutu itu kerana Rodziah menegaskan bahawa bunga berkenaan adalah sebagai hadiah sempena Hari Ibu dan beliau selaku Adun di kawasan berkenaan (Batu Tiga).

Yaakob meminta Rodziah berhenti mengedarkan kuntuman bunga berkenaan namun beliau enggan dan segera mendapatkan pengesahan daripada Ahli Jawatankuasa Pemilihan Pusat, Datuk Johari Abdul.

Menurut Rodziah, Johari membenarkannya mengedarkan bunga berkenaan dengan syarat diberi kepada pengundi yang selesai mengundi dan kebenaran itu disambut sorakan daripada penyokong beliau.

Sebelum itu, penyokong Yaakob tidak berpuas hati dengan tindakan Rodziah yang masih berada di dalam dewan mengundi dan didakwa menjalankan kempen di dewan mengundi.

Bagaimanapun Rodziah menafikan beliau meneruskan kempen di dalam dewan sebaliknya memberi keutamaan kepada pengundi yang kurang upaya dan uzur untuk melakukan pemilihan terlebih dahulu.

No comments: