Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai hubungan dengan CFR (Council on Foreign Relations) adalah punca utama Yuktes Vijay meninggalkan mentornya itu.
Yuktes Vijay, bekas pembantu peguam bela Anwar berkata lingkaran Ketua Umum PKR itu dengan anggota-anggota CFR yang kebanyakannya terdiri daripada bekas pengarah CIA (Central Intelligence Agency) memahamkannya bahawa mentornya itu adalah sebahagian daripada rangkaian itu.
“Adakah anda semua tahu bahawa hampir semua pengarah CIA telah menjadi anggota CFR … Google nama Allen Dulles , Richard Helms , William Colby , George Bush, William Webster, James Woolsey , John Deutsch, dan William Casey …
“Di semua negara (yang berlakunya) Arab Spring, lelaki yang akan mengambil alih kepimpinan negara itu dan akan menjadi ahli CFR … Begitu juga dengan semua NED (The National Endowment for Democracy) dan lain-lain rampasan kuasa ….”katanya dalam laman sosial, yuktes.vijay hari ini....
Pembuktian Anwar adalah seorang anggota CFR diperakui sendiri oleh Ketua Umum PKR itu dalam pernyataan saman beliau terhadap Dr Chandra Muzaffar.
“Plaintif (Anwar Ibrahim) pada masa yang material merupakan penasihat kepada Parti Keadilan Rakyat Malaysia. Plaintif juga merupakan antara lain, ‘Visiting Diplomat’ di Council of Foreign Relations (CFR), New York.”
Menurut Yuktes, modus operandi ‘Arab Spring’ di Timur Tengah cuba diaplikasi Anwar di Malaysia melalui perhimpunan dan demonstrasi jalanan.
“Perhimpunan Bersih 3.0 adalah untuk menjadi ‘Arab Spring Malaysia’ … Terdapat tiga percubaan untuk mencetuskan rusuhan … Pertama oleh Anwar … Kedua oleh beliau dan pembantu khasnya… ketiga oleh Tian Chu dan dilatih pembuat rusuhan.. Dilatih oleh kuasa-kuasa asing …
“Mengapa anda berfikir SAMM (Solidariti Anak Muda Malaysia), ABU (Asal Bukan UMNO) dan lain-lain tidak berdaftar ? Siapa sebenarnya adalah ahli-ahli mereka ? Rakyat Malaysia? Lihatlah secara lebih dekat,” katanya.
Menurutnya lagi perhimpunan Anti-GST di Dataran Merdeka baru-baru adalah permulaan fasa baru uji kaji selanjutnya, selepas Perhimpunan BERSIH.
“Perhimpunan anti GST tidak gagal… Ia adalah ujian yang sedang berlaku…khabar angin tentang pembunuhan ditikam…perlawanan di antara NGO pembangkang…serangan terhadap media…Semua ini seolah-olah sudah biasa kepada anda ? Mungkin, (pengalaman ini boleh) dibaca di suatu tempat (lain) ?
“Ini adalah bagaimana Revolusi Warna bermula … Semakin lemahnya Rusia selepas Soviet telah berpecah-pecah.
“Insiden (pergaduhan) yang terjadi di Dataran Merdeka sama seperti insiden yang berlaku di Mesir yang kemudiannya mencetuskan protes ganas…Ingat, Arab Spring di Mesir telah berterusan selama beberapa waktu tetapi kematian penunjuk perasaan adalah faktor yang menyebabkan Mubarak jatuh … Sekali lagi, mengapa? Mungkin, campur tangan asing telah berjaya dibuat.
“Tahun ini … Terdapat sesuatu yang lebih besar, berdarah, ganas dan dahsyat akan berlaku … saya bukan hanya salah seorang daripada mereka … saya dengan mereka … saya melihat perkara ini dari sudut yang sedikit berbeza dari anda semua … Kerana itu saya tahu …
“Anwar tidak bodoh dan tidak bersendirian … Beliau bijak dan kuat … Seperti syaitan ..,”katanya lagi.
No comments:
Post a Comment