Thursday 22 May 2014

PEMBANGKANG 'RASUAH' PM 'BANKRAPKAN' NEGARA !!!


Jika dilihat keluh kesah sebahagian rakyat yang marahkan kerajaan kerana termakan hasutan, kita tentu percaya bahawa negara ini sudah berada dalam keadaan nazak, daif dan menunggu masa untuk runtuh. Membaca pandangan-pandangan di media sosial pro pembangkang, negara ini seumpama pariah ekonomi dunia.

Boleh dikatakan segala-galanya buruk kepada negara ini. Kesimpulan daripada keluh kesah kumpulan ini ialah rakyat Malaysia hidup tertekan, kos sara hidup yang tinggi dan ekonomi negara berada di tahap yang sangat buruk, sistem pendidikan yang lemah, keselamatan yang terancam dan kerajaan ini adalah kerajaan korup.

Namun pelbagai indeks dunia menyatakan perkara lain....

Terbaru, laporan antarabangsa menyatakan Malaysia memperbaiki kedudukannya dalam daya saing antarabangsa di kalangan ekonomi utama dunia tahun ini apabila meningkat tangga ke-12 daripada tangga ke-15 pada tahun lalu, mengikut laporan Buku Tahunan Keberdayasaingan Dunia (WCY) 2014 yang diterbitkan oleh Institut Pembangunan Pengurusan (IMD) berpusat di Switzerland.


dayasaingglobal 

Dengan kedudukan terbaharu itu, Malaysia tergolong dalam negara-negara paling berdaya saing di dunia bersama Amerika Syarikat, Switzerland, Singapura, Hong Kong, Sweden, Jerman, Kanada, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Denmark, Norway, Luxembourg, Taiwan, Belanda dan Ireland.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pencapaian itu merupakan yang terbaik direkodkan dalam masa empat tahun.

Beliau berkata, kedudukan itu juga menunjukkan Malaysia terus mengatasi United Kingdom yang berada di tangga ke-16, Australia (17), Finland (18), New Zealand (20), Jepun (21) dan Korea (26).

“Laporan WCY 2014 mengukur daya saing negara berdasarkan empat faktor daya saing iaitu prestasi ekonomi, kecekapan kerajaan, kecekapan perniagaan dan infrastruktur.

“Walaupun Malaysia kekal di kedudukan ke-15 bagi faktor kecekapan kerajaan, kerajaan komited untuk memperkukuhkan lagi kewangan awam negara bagi memastikan kelestarian fiskal dan menggalakkan kestabilan ekonomi makro jangka panjang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, penubuhan Jawatankuasa Dasar Fiskal (FPC) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mencerminkan komitmen Malaysia untuk mencapai defisit fiskal sebanyak tiga peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2015 dan berusaha ke arah mencapai belanjawan berimbang pada 2020.

Beliau berkata, pencapaian Malaysia dalam WCY memberi gambaran terhadap langkah-langkah telah dilaksanakan melalui Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP).

“Kita akan terus memperkukuhkan prestasi daya saing Malaysia menerusi usaha-usaha tertumpu untuk meningkatkan persekitaran pelaburan dan menggalakkan polisi yang boleh meningkatkan perdagangan serta memanfaatkan bakat ke arah meningkatkan pertumbuhan produktiviti.

Jika benar Malaysia bakal muflis dan segala sistem negara seperti pendidikan, keselamatan, perundangan dan hak asasi manusia sedang berantakkan seperti yang didakwa Pakatan Rakyat, pastilah ada sesuatu yang tidak kena dengan kedudukan IMD ini.

Institut Pembangunan Pengurusan (IMD) berpusat di Switzerland merupakan badan kajian pembangunan terkemuka dunia yang diiktiraf di peringkat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Mahu percaya IMD atau Anwar Ibrahim?
Agaknya, IMD pun dirasuah oleh Mohd Najib Tun Razak supaya mengangkat nama Malaysia? Duke'sBlog

No comments: