Saturday, 24 May 2014

JAKIM SAHKAN CADBURY DAIRY MILK HAZELNUT MENGANDUNGI DNA BABI, TARIK BALIK SIJIL HALAL SERTA-MERTA !!!

alt

SHAH ALAM 24 Mei : 
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini memutuskan menarik semula persijilan halal bagi kedua-dua produk Cadbury yang mengandungi DNA babi berkuatkuasa serta-merta.




Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, satu siasatan bakal dijalankan bagi mengenalpasti punca pencemaran tersebut.

"Kami ingin menegaskan bahawa pensijilan halal Malaysia adalah melibatkan proses pengauditan dan pemeriksaan ketat merangkumi penilaian bahan ramuan, kaedah pemprosesan, peralatan yang digunakan, termasuklah pengujian makmal berdasarkan Standard Halal Malaysia dan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia.

"Pemantauan sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa, sekiranya terdapat sebarang perlanggaran ke atas mana-mana produk atau ketidakpatuhan terhadap syarat-syarat persijilan, pihak kami akan menarik semula atau menggantung sijil halal terhadap produk tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, pihak Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan keputusan analisis sampel dua produk coklat - Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk dan Coklat Susu dengan Buah Badam dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond mengandungi DNA babi (porcine).


Post a Comment