Bismillahirahmanirahim.....
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera warga Anson.
Saya rasa terpanggil untuk menulis nukilan ini kerana saya dibesarkan di Teluk Intan. Walau pun kami sekeluarga berpolitik di kampung kami di Bagan Datok, saya dibesarkan di Taman Seri Setia, Jalan Padang Tembak, Teluk Intan setelah bapa saya membeli sebuah rumah di situ pada tahun tujuh puluhan.
PRK parlimen Teluk Intan memberikan satu perspektif baru dalam politik negara apabila DAP meletakkan Dyana seorang calon muda melayu berusia 27 tahun. Dari sudut itu, sebagai seorang yang sukakan pembaharuan & proses peremajaan, saya mengalu-alukannya.
Saya juga tidak cenderung memanggil Dyana seorang pengkhianat kerana bertanding atas tiket DAP adalah hak & prerogatif beliau sebagai seorang rakyat Malaysia.
Walau bagaimana pun sebagai seorang anak tempatan, saya ingin mengingatkan diri saya & semua orang kampung saya bahawa pilihanraya bukanlah pertandingan ratu cantik mahu pun pertandingan populariti. Dari perspektif itulah pengundi-pengundi di Teluk Intan perlu rasional dalam membuat pemilihan. Yang perlu dipilih adalah seorang wakil rakyat yang perlu mewakili rakyat Teluk Intan secara efektif di dalam parlimen.
Maka pilihan yang terbaik harus dibuat. Dyana tidak dinafikan mempunyai personaliti yg menarik, namun secara ikhlas saya melihat bahawa beliau masih perlu melalui dahulu proses pengilangan sebagai seorang ahli politik. Usia beliau di dalam politik baru 2 tahun & saya melihat bahawa beliau belum cukup matang untuk mewakili rakyat Teluk Intan.
Beliau seperti dibonekakan oleh DAP. Jangan tersalah anggap dalam perkara ini kerana sebagai exco belia negeri Perak, saya lah org yang pertama yang akan menyokong proses peremajaan dalam senario politik negara.
Saya menghormati beberapa pemimpin muda dalam DAP seperti Saudara howard Lee, ADUN Pasir Pinji yang mempunyai tahap intelektual yg tinggi. Namun perkara yang sama tidak dapat saya nyatakan tentang Dyana.
Dalam sidang akhbar & pengucapan umum pun beliau kelihatan begitu 'novice' & 'naive' termasuklah insiden bosnya, Lim Kit Siang yang terpaksa mengambil alih mikrofon daripada Dyana untuk menjawab soalan rakan media tentang kemungkinan apa yang berlaku kepada Yang Mulia Tungku Aziz mungkin akan berlaku kepada Dyana.
Dato Mah pula adalah seorang ahli politik yang berpengalaman. Seorang anak tempatan yg telah berkhidmat kepada rakyat Teluk Intan sejak 1995 lagi sebagai ADUN Pasir Berdamar. Menjadi Ahli Parlimen selama 2 penggal & Timbalan Menteri.
Benar dia kelihatan tidak begitu menarik berbanding Dyana, tetapi sebagai seorang wakil rakyat, Dato Mah umpama langit & Dyana umpama bumi.
Saya berharap rakyat Teluk Intan tidak akan melepaskan peluang keemasan untuk mendapat seorang menteri penuh kerana secara konvensyennya seorang presiden parti komponen yang besar seperti parti GERAKAN akan dilantik sebagai menteri penuh.
"Dulu dia jadi Timbalan Menteri pun tak ada apa-apa" kata mereka. Sayugia diingatkan dengan rasa penuh hormat kepada semua Timbalan Menteri, terdapat perbezaan yang ketara antara jawatan menteri & timbalan menteri dari segi kuasa, jurisdiksi & barang harus diingat sebagai seorang menteri, Dato Mah akan berpeluang untuk bersama-sama dengan YAB PM & YAP TPM serta semua ahli kabinet yang lain setiap minggu dalam mesyuarat kabinet.
Bermakna suara & aspirasi rakyat Teluk Intan boleh disampaikan terus kepada YAB PM, TPN & kabinet pada setiap minggu.
Pengundi-pengundi Teluk Intan juga harus mengambil kira bahawa kemenangan DAP di Teluk Intan mahu pun di Bukit Gelugor tidak akan membawa apa-apa perubahan kepada senario pemerintahan kerajaan persekutuan.
Malah mereka harus mengambil kira bahawa kalau semasa pru 13 mereka memilih DAP dengan harapan pakatan boleh menubuhkan kerajaan pusat & kerajaan negeri.
Namun hakikatnya pada hari ini adalah kedua-dua kerajaan pusat & negeri adalah kerajaan Barisan Nasional. Maka secara logik & rasionalnya.
Adalah lebih menguntungkan untuk Teluk Intan berada bersama-sama dengan Barisan Nasional untuk memudah carakan lagi proses pembangunan sosioekonomi rakyat Teluk Intan apatah lagi dengan keberangkalian yang begitu besar untuk Dato' Mah dilantik sebagai seorang menteri penuh.
Berfikir & bertindaklah secara rasional pada 31hb mei ini kerana peluang keemasan ini bukan datang setiap masa & ketika. Slogan pakatan dalam PRU yang lalu seolah-olah memakan diri sendiri.....
Ini kalilah !!!!!
Nukilan:
Bro Shahrul Zaman Yahya
EXCO Belia negeri Perak.
No comments:
Post a Comment