Saturday, 3 May 2014

AKHIRNYA ....PENGARAH STRATEGI PAS AKUI HUDUD CUMA AGENDA POLITIK !!!!


Beberapa hari lalu, Menteri Dalam Negeri yang juga merupakan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, dikecam oleh beberapa pihak apabila beliau menyatakan bahawa agenda Hudud Pas adalah tidak ikhlas dan hanya merupakan taktik politik semata-mata.


Zahid mencabar Pas memberikan jawapan yang konkrit terhadap cadangan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan, sama ada benar-benar berlandaskan hukum Islam sepenuhnya atau sekadar mahu meraih sokongan politik.

Namun hakikat ini telah diakui secara tidak sengaja oleh Pengarah Pusat Penyelidikan Parti Islam se-Malaysia (PAS), yang juga terkenal sebagai “Pengarah Strategi Pas”, Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau dipetik oleh Malaysiakini.com sebagai berkata, “that while it may be a trap set by Umno to break up Pakatan, PAS must nevertheless take up the challenge and show its seriousness in pushing the hudud agenda.

["bahawa sungguhpun Pas mungkin termasuk dalam perangkap UMNO untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat melalui isu Hudud, namun ia tidak mempunyai pilihan kecuali menerima cabaran tersebut bagi menunjukkan kesungguhan mereka melaksanakannya.]

“If we are not serious, then people will say PAS is only playing a sandiwara (putting on an act) and merely giving lip service to hudud. Also, Malays will be reinforced of the propaganda that PAS is saddled and controlled by DAP.

[Jika kami tidak menunjukkan kesungguhan, rakyat akan mengatakan Pas hanya bermain sandiwara dan bercakap kosong sahaja mengenai Hudud. Melayu juga akan terpengaruh dengan propaganda Pas tunduk kepada DAP]

Dzulkefly yang merupakan Ahli Jawatan Kuasa Pas Pusat turut berkata, “So we have got to do it, we must have the political will to do it. We know their game plan, but when you are being challenged like that, you got to be smart and challenge back. We do it because it is a principle. We are also telling our Pakatan partners they must also understand our political predicament.”

[Jadi kami perlu melakukan, kami mesti menunjukkan 'kehendak dan kesungguhan politik'. Kami tahu permainan politik mereka (UMNO), namun apabila dicabar seperti ini, kita mesti bijak dan mencabar kembali. Kami melakukan kerana ia adalah prinsip. Kami juga memberitahu rakan kami dalam pakatan agar memahami kesulitan politik kami ini.]

Jelas sekali Pas melakukan Hudud ini kerana terpaksa setelah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Jamil Khir Baharom, berkata Kerajaan Pusat bersedia bekerjasama dengan mana-mana negeri dalam melaksanakan hukuman Hudud.

Tidak ada satu pun kenyataan Dr Dzulkiflee menyatakan mereka melakukan ini kerana Allahh, kerana ini tuntutan mutlak Islam.

Ini disahkan lagi dengan kenyataan beliau seperti ini, “Umno is telling the kampung folks that PAS is now controlled by DAP. That message had damaged us seriously in the last election. Because of that, when we face a challenge like this, you cannot expect us to back off even if you threaten us with a split.”

[UMNO memberitahu penduduk kampung bahawa Pas kini dikawal oleh DAP. Mesej seperti ini memberi kemusnahan serius dalam pilihan raya lalu. Sebab itu bila berhadapan dengan cabaran seperti ini, anda tidak boleh mengharapkan kami 'mendiamkan diri' walaupun ia mungkin mengancam perpaduan Pakatan.]

Apakah makna kenyataan ini kalau membuktikan pandangan Zahid bahawa agenda Hudud yang Pas bawa ini tidak ikhlas dan hanya merupakan agenda politik untuk menarik sokongan orang Islam.

Bagi Dzulkefly, “it will allow PAS to have the moral high ground in facing its arch rival Umno.”

Itu sahajalah yang difikirkan olah Pas ketika ini iaitu untuk mendapat kembali maruah mereka di kalangan orang Melayu.

Jelas dalam pemikiran Pas, Hudud adalah agenda untuk menjatuhkan UMNO bukannya agenda menegakkan Islam. Maka janji beberapa pemimpin Pas sepuluh tahun lalu untuk membubarkan Pas jika Hudud dilaksanakan di negara ini hanyalah merupakan satu agenda politik semata-mata.

Post a Comment