Saturday, 3 May 2014

ADUN DAP SARAWAK KRITIKAL TUMOR OTAK, SEBAHAGIAN KOS RAWATAN DIBIAYAI KERAJAAN NEGERI


ADUN Bukit Assek Wong Ho Leng kini dalam keadaan koma setelah dimasukkan ke Pusat Perubatan Rejang di Kuching, sarawak untuk rawatan tumor otak. Keadaan pemimpin DAP itu didedahkan oleh isterinya, Irene Chang, pada sidang media hari ini. Beliau dipetik oleh portal The Star Online berkata sebagai wakil rakyat, pengundinya berhak mengetahui apa yang berlaku tentang keadaan ADUN mereka.

Pada 15 April lalu, Kerajaan Sarawak mengumumkan akan menanggung sebahagian daripada kos rawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Asek Wong Ho Leng yang sedang menjalani rawatan di Singapura.

Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem berkata, bantuan kewangan itu diberikan kepada Wong atas dasar kemanusian dan belas kasihan kerana dasar diamalkan kerajaan hanya akan membiayai kos rawatan ADUN yang menerima rawatan dalam negeri atau negara.

“Kerajaan negeri bersetuju membantu keluarga YB Wong Ho Leng mengurangkan beban kewangan ditanggung bagi membiayai kos rawatan beliau yang kini sedang menerima rawatan di Singapura.

“Kita akan membiayai sebahagian daripada kos rawatannya. Ini dilakukan berlandaskan rasa kasihan kepada beliau,” katanya pada sidang media di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia di sini semalam.

Menjelas lanjut mengenai pemberian bantuan kewangan itu. Adenan berkata ia dilakukan selepas Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen mengemukakan permohonan bertulis kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nasar.

“Jika beliau menerima rawatan dalam Malaysia, kerajaan negeri akan bertanggungjawab sepenuhnya kerana itu adalah polisi kita,” jelasnya.

Wong disahkan menghidap tumor otak dan kini sedang menjalani rawatan di sebuah hospital di Singapura.

Chong yang diminta mengulas mengenai perkara itu dengan ringkas berkata beliau amat menghargai bantuan dihulurkan kerajaan negeri kepada Wong kerana ia sekurang-kurangnya dapat mengurangkan beban kewangan keluarga Ahli Parlimen Sibu itu. 

Post a Comment