Thursday 3 April 2014

WISMA PUTRA SAHKAN SEORANG RAKYAT MALAYSIA ANTARA YANG DISERANG TALIBAN


KUALA LUMPUR 3 April - Kementerian Luar Negeri mengesahkan seorang rakyat Malaysia antara warga asing yang diserang Taliban dalam sebuah rumah tamu di Kabul pada 28 Mac lalu.
 
Wisma Putra dalam kenyataannya di sini semalam berkata, rakyat Malaysia yang juga seorang pekerja sebuah kumpulan bantuan antarabangsa, sudah pulang dengan selamatnya ke Malaysia. 
 
Justeru, Wisma Putra sekali lagi meminta rakyat Malaysia yang ke luar negara terutamanya negara berisiko tinggi supaya mendaftarkan diri di kedutaan Malaysia di sana atau di pusat transit. 
 
“Ini membantu kedutaan dalam menyediakan bantuan konsul yang sepatutnya kepada rakyat Malaysia di luar negara,” kata.
 
Tugas Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi turut merangkumi Afghanistan.
 
Jumaat lalu, seorang ari agensi berita Reuters yang menyaksikan kejadian mendapati terdapat kira-kira 20 orang individu yang didapati bukan rakyat Afghanistan telah dipindahkan dari rumah tumpangan di dalam sebuah kawasan kediaman mewah di ibu negara, kebanyakan mereka kelihatan takut dan terkejut. - rakyatnews
 

No comments: