Sunday, 27 April 2014

BAS TERBABAS DI PLUS, 5 PELAJAR UIAM PARAH


PETALING JAYA : 

Lima pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) cedera parah, selepas bas yang dinaiki mereka terbabas di Kilometer 25.2 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), di Kuala Lumpur, kira-kira pukul 9.30 pagi Ahad.


Menurut sumber, bas yang membawa 31 orang dalam perjalanan menuju ke Bukit Cherakah, Shah Alam.
“Kemalangan itu menyebabkan bas berkenaan terbabas dan terbalik.

“Lima pelajar UIAM parah itu terdiri daripada empat pelajar lelaki dan seorang pelajar perempuan,” katanya.
Keadaan bas yang terbalik sehingga mengakibatkan lima pelajar UIAM cedera parah.

Sumber itu berkata, seramai 31 orang di dalam bas itu, termasuk 17 lelaki dan 14 perempuan.

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat menyelamatkan penumpang bas yang terlibat dalam kemalangan.

Operasi menyelamat melibatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Hartamas dan Jalan Hang Tuah pada pukul 9.40 pagi.

Semua mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buloh.  - MSTAR

Post a Comment