Wednesday, 30 April 2014

BIL MAKAN TENGAH HARI RM 17,017.00 HANYA UNTUK 2 MENU HIDANGAN ????

Foto

DI MEDIA SOSIAL semalam, heboh nak rak pasal bil makan tengah hari berjumlah RM17,017 di sebuah restoran (mewah?). myMetro mendedahkan bahawa ianya adalah perkara biasa jika menikmati hidangan eksotik udang galah dan patin buah di Restoran Samudra Exotic River Fish di Kampung Baru.

Malah, jika orang ramai yang meragui kesahihan harga makanan itu bolehlah berkunjung ke premis berkenaan untuk pengesahan, kata jurucakap Restoran Samudra Exotic River Fish.


Berdasarkan gambar resit, makanan yang dihidang di meja VIP 1 itu, sebanyak 10 ekor ikan patin buah seberat 26 kilogram berharga RM6,877 manakala 50 ekor udang galah seberat 39 kilogram dicaj RM10,140.
Macam ada yang tak kena dengan bil/resit tersebut. Dalam bil hanya dicatat Patin Buah dan Udang Galah A sahaja. Lazimnya jika makan tengah hari (lunch) pastinya ada nasi, sayuran, pencuci mulut (mungkin percuma) dan minuman.
Makanan adalah DIHIDANG DI MEJA VIP.... bermaksud di makan di restoran tersebut dan bukannya bungkus bawa balik atau istilah pasarnya disebut 'ditapau'. Jika jumlah yang dicatat di bil adalah merangkumi lain-lain menu hidangan dengan bilangan VIP yang ramai....MAKA BIL TERSEBUT ADALAH WAJAR. Tetapi jika sebaliknya iaitu jika lain-lain menu adalah dalam bil berasingan..... memang CEKIK DARAH!!!
Mari kita buat kiraan matematik.  50 ekor udang galah A seberat 39 kilo berharga RM 10,140.00. Berapakah harga untuk seekor udang galah tersebut ? Haha... kembali ke Tahun 3 sekolah kebangsaan!
RM 202.80 untuk seekor udang galah A sedia untuk dimakan, tanpa nasi, tanpa minuman dan tanpa hidangan lain? Logik ? Jika poket anda sememangnya tebal, tidak jadi masalah....silakan saja menikmati hidangan!

No comments: