Saturday 8 March 2014

PUTERI SARAH LIYANA SAH BERGELAR ISTERI SYAMSUL YUSOF

#08 Syamsul Yusof & Puteri Sarah Liyana Sah Bergelar Suami Isteri - ROTIKAYA
Pengarah filem dan pelakon Syamsul Yusof dan pelakon cantik Puteri Sarah Liyana telah sah bergelar suami isteri sengan sekali lafaz di Masjid Al Mukarramah, Bandar Sri Damansara pada pukul 10.30 pagi tadi.

#49 Syamsul Yusof & Puteri Sarah Liyana Sah Bergelar Suami Isteri - ROTIKAYA
Pasangan ini telah dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Al Fadil Ustaz Mat Syaharuddin Al Rashid Bin Mat Isa dengan mas kahwin berjumlah RM1,111 tunai tepat jam 10.30 pagi tadi.
#54 Syamsul Yusof & Puteri Sarah Liyana Sah Bergelar Suami Isteri - ROTIKAYA
Majlis ini turut dihadiri oleh kedua-dua mempelai iaitu Encik Megat Kamaruddin bin Megat Shamsuddin dan Puan Paridah binti Puteh serta Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail. Turut hadir adalah ahli keluarga dan sahabat handai terdekat termasuk di kalangan artis dan selebriti tanah air. Pihak lelaki membawa 7 dulang hantaran berbalas 9 dulang hantaran daripada pihak perempuan.
#69 Syamsul Yusof & Puteri Sarah Liyana Sah Bergelar Suami Isteri - ROTIKAYA
Walau bagaimanapun, majlis resepsi yang dijadualkan berlangsung pada malam ini di Dewan N’dah Mahligai Shah Alam terpaksa ditunda ke satu tarikh yang akan ditentukan kemudian kerana seperti yang sedia maklum bahawa keadaan kesihatan Syamsul yang masih tidak mengizinkan.
#71 Syamsul Yusof & Puteri Sarah Liyana Sah Bergelar Suami Isteri - ROTIKAYA
Kami di Rotikaya mengucapkan sekalung penghargaan dan tahniah buat pasangan mempelai ini dan mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan yang berkekalan buat Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof serta keluarga. (rtky/hfz)
#75 Syamsul Yusof & Puteri Sarah Liyana Sah Bergelar Suami Isteri - ROTIKAYA
#00 Syamsul Yusof & Puteri Sarah Liyana Sah Bergelar Suami Isteri - ROTIKAYA
#01 Syamsul Yusof & Puteri Sarah Liyana Sah Bergelar Suami Isteri - ROTIKAYA
#05 Syamsul Yusof & Puteri Sarah Liyana Sah Bergelar Suami Isteri - ROTIKAYA
#13 Syamsul Yusof & Puteri Sarah Liyana Sah Bergelar Suami Isteri - ROTIKAYA

No comments: