Saturday 8 March 2014

#MH370HILANG - VIETNAM NAFI PESAWAT MAS YANG HILANG BERJAYA DIKESAN


BERITA 1

HANOI 8 Mac - Pihak berkuasa Vietnam menafikan laporan pesawat Malaysia Airlines (MAS) membawa 239 penumpang yang hilang telah dikesan.

Pengarah Operasi Mencari dan Menyelamat Maritim Vietnam, Pham Hien berkata, operasi kini tertumpu di kawasan Vung Tau.


Kata beliau, laporan media Vietnam dan China sebelum ini isyarat daripada pesawat berkenaan telah dikesan berdekatan wilayah Ca Mau adalah tidak tepat. - REUTERS


BERITA 2


KUALA LUMPUR 8 Mac - Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien menafikan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dilaporkan hilang semasa dalam perjalan ke Beijing pagi tadi terhempas di laut berhampiran perairan di Vietnam.
Menurut Hishammuddin, pihaknya tidak menerima sebarang maklumat berhubung kejadian tersebut daripada pihak kerajaan Vietnam mahupun dari pihak Wisma Putra.

"Pelbagai usaha telah dilakukan untuk mengesan pesawat yang hilang. Saya harap tiada spekulasi yang disebarkan selagi tidak menerima apa-apa maklumat daripada pihak kita (Angkatan Tentera Malaysia dan Angakatan Tentera Udara Malaysia)," katanya pada sidang media khas di sini hari ini.


No comments: