Thursday 6 February 2014

KEMENANGAN UNTUK JOHOR DT


PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini memberi kemenangan 3-0 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) ke atas T-Team dalam perlawanan pusingan kedua Piala FA yang tertangguh berikutan insiden pergaduhan di terowong ke bilik persalinan di Stadium Larkin Sabtu lalu.


Keputusan ini diumumkan oleh Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin dalam sidang media di Wisma FAM sebentar tadi.

Hamidin berkata, Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) membuat keputusan itu berdasarkan Perkara 4.12.15b peraturan pertandingan Liga Malaysia 2013-2016 kerana kesalahan T-Team yang tidak menghabiskan baki perlawanan pada separuh masa kedua.

"Keputusan itu dicapai selepas mengambil pertimbangan semua aspek termasuk keterangan daripada wakil kedua-dua pasukan, pegawai perlawanan dan pengadil.

"Dan berdasarkan Peraturan 4.12.15b mengikut Peraturan Liga Malaysia 2013-2016 bahawa pasukan lawan dengan sengaja menarik diri dan gagal bermain tanpa alasan yang kukuh.

"Mengenai insiden di dalam terowong di Stadium Larkin, Sabtu lalu, pengadil perlawanan sudah mengarahkan supaya T-Team meneruskan perlawanan namun mereka enggan.

"Jadi, kami memutuskan kemenangan diberi kepada JDT," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata tiada denda dikenakan terhadap pasukan T-Team tetapi amaran keras diberikan kepada JDT supaya perkara sama tidak berulang.

Perlawanan antara JDT dan T-Team di Stadium Larkin ditangguhkan selepas separuh masa pertama apabila T-Team yang ketinggalan 1-2 tidak mahu meneruskan permainan atas alasan keselamatan berikutan tercetusnya pergaduhan antara kedua-dua pasukan di lorong menuju ke bilik persalinan, selepas tamat separuh masa pertama.

Pada Isnin lalu, pemain T-Team, pihak pengurusaan dan jurulatih kecergasannya membuat empat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Terengganu berhubung insiden itu.

Pelawanan Piala FA 2013 antara Pahang Lawan JDT Ditangguhkan

Masih ingatkah anda, di mana hasrat para penyokong ke Stadium Darul Makmur bagi memberi sorakan semangat kepada pasukan masing-masing pada perlawanan di antara Pahang vs Johor Darul Takzim (JDT), dan untuk melihat salah satu daripada pasukan ini melangkah ke final Piala FA 2013 tidak kesampaian akibat pasukan JDT enggan meneruskan pelawanan.


Perlawanan yang disiarkan secara langsung di televisyen itu, pada awalnya dilihatkan dapat dimulakan, setelah pihak pengurusan dan yang terbabit dapat mengawal situasi kesesakan yang berlaku.

Setelah meneliti semuanya, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff yang berada di stadium kemudian membuat pengumuman bahawa permainan boleh diteruskan selepas keadaan terkawal sepenuhnya


Sebaik pengumuman itu dibuat, kelibat semua pemain tuan rumah kemudian memasuki padang untuk bersedia memulakan perlawanan, namun pemain Johor DT tidak berbuat demikian.

Keadaan bagaimanapun kembali tidak terkawal sepenuhnya apabila beberapa kali dicemari bunyi mercun dan balingan botol minuman ke kawasan padang.

Pemerikasaan dilakukan lagi bagi memastikan keselamatan benar-benar terjamin. Namun tidak semena-mena, para penyokong Johor DT pula bertindak turun dan duduk di trek olahraga meskipun kawasan balapan itu telah diarah untuk dikosongkan bagi membolehkan perlawanan dimulakan.

Akhirnya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah menjatuhkan hukuman denda kepada Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) dan Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ). Pahang menjadi persatuan bola sepak negeri paling tinggi dikenakan hukuman dalam sejarah bola sepak negara apabila didenda RM100,000.

Manakala, PBNJ juga tidak terkecuali apabila Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM yang mengadakan mesyuarat khas, memutuskan didenda RM20,000 kerana insiden berkenaan.


Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, berkata jawatankuasa itu mempunyai hak untuk menjatuhkan hukuman denda tanpa perlu merujuk terlebih dahulu kepada Jawatankuasa Tatatertib FAM.

1 comment:

PESONA said...

DAH DIBAYAR GAJI UNTUK BERMAIN BOLA,
KENAPA TAK HABISKAN PERLAWANAN BUKAN ADA MASAALAH/PERGADUHAN DI DALAM ATAU DI LUAR PADANG PADA SEPARUH MASA PERTAMA....DENGAN JARINGAN KETINGGALAN 1 -2 T-TEAM BOLEH BERUSAHA LAGI PADA SEPARUH MASA KEDUA DAN MUNGKIN BOLEH MENGATASI JDT ..... TETAPI OLEH ADANYA SEGELINTIR PEGAWAI PASUKAN YANG BANGANG & BODOH ... MAKA TERIMALAH KEPUTUSAN FAM, JANGAN NAK PERTIKAIKAN LAGI......

LAIN KALI GUNA AKAL BUKAN PERASAAN
MEMBAZIR BAYAR GAJI MAHAL KPD PEMAIN-PEMAIN YANG MANA YANG RUGI PENONTON....