Thursday, 6 February 2014

BLOG DAP MENGANGGAP PAS HANYA SEGEROMBOLAN KATAK HIJAU


AIDCNews – 6/2/14 – Blog Kristian, christianunited4malaysia (CU4M) mengambarkan PAS hanyalah segerombolan tentera katak hijau, salah satu parti politik di Malaysia.

Gelaran itu diberi dalam artikel bertajuk “The Malaysian Crusade: The Rise Of The Green Frog Army.”
Berbeza dengan Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, gelaran yang diberikan oleh CU4M adalah ‘Pejuang Kebebasan.’
“Kami di CU4M mendapat berita bahawa Parti Islam Se-Malaysia akan bertanding di Dun Kajang. Apakah natijahnya pihak PAS ingin melakukan perkara tersebut. Adakah ianya untuk menyekat kebebasan yang akan pasti dibawa oleh Anwar Ibrahim di dalam negeri Selangor ini?
“Kami ingin mengingatkan pihak PAS bahawa PAS tidak mampu untuk menjaga kebajikan rakyat Selangor. Kononya sebagai parti bumiputera terkuat di dalam Pakatan Rakyat, PAS harus sedar bahawa mereka tidak mampu untuk melaksanakan apa yang diperlukan oleh rakyat Selangor. Sebab itulah mereka gagal dalam usaha untuk memgang tampuk pemerintahan negeri tersebut. Jika mereka yang terkuat, maka kenapa tiada seorang pun diantara mereka yang memantau pergerakan JAIS semasa mereka menindas orang Kristian di Selangor?
“Amaran kepada PAS. Jika mereka menguji kekuatan kami, mereka akan GAGAL.
“Anwar Ibrahim For Kajang!,” kata blog itu dalam artikel bertajuk “Jika PAS bertanding lawan Anwar Ibrahim di Kajang, Tempat PAS adalah sehina UMNO.”

1 comment:

Unknown said...

Pada mereka UMNO itu melayu dan PAS itu Islam dan sangkaan mereka itu salah kerana kedua-dua parti ini telah tersasar dari perjuangan sebenar.. PKR hanyalah parti tempelan yang mereka boleh gunakan sebagai keldai untuk mengangkat beban dan bebal.. Ke mana arah tuju orang-orang Melayu selepas ini? Ekonomi telah dikawal sepenuhnya oleh bukan Melayu dan bukan Islam.. Melayu dan Islam sekarang boleh dipermain-mainkan dan dipersendakan oleh bukan Islam.. Pelbagai permintaan dikemukakan dan sedihnya Melayu dan Islam tidak pernah menunjukkan kesatuan dalam hal ini.. Mana perginya ahli Parlimen Melayu dan Islam? Kenapa tidak mereka usulkan agar semua nama rakyat Malaysia menggunakan nama melayu jika mereka beria-ia ingin gunakan ganti nama Allah sebagai tuhan mereka.. Ini pun orang Melayu dan Islam tidak boleh buat.. Jika nama sendiri mereka tidak sanggup tukar atas alasan apa mereka ingin gunakan nama Allah sebagai tuhan mereka? Ini sekadar strategi zionis untuk melihat perpecahan di kalangan orang Islam dan Melayu.. Kita masih tidak sedar.. Si dungu yang sayangkan politik melebihi agama akan menyokong membabi buta terhadap permintaan mereka.. Bayangkan apa yang akan terjadi jika semua ahli parlimen melayu dan Islam bersatu di dalam parlimen? Mereka akan takut untuk membuat permintaan yang sangat tidak masuk akal dan tidak lagi berani mempermainkan bangsa dan agama kita.. Selagi ada manusia gila kuasa, kesatuan melayu tidak akan berlaku sampai bila-bila.. Inilah yang orang-orang cina perjuangkan sejak dati zaman komunis sehingga kini.. Untuk melihat melayu berpecah, bergaduh dan menyalahi satu sama lain.. Inilah kejayaan mereka.. Tahniah kepada bangsa melayu!! Perpecahan kita semakin hebat!!