Thursday 6 February 2014

BISA KING COBRA KORBANKAN RAJA PENJINAK ULAR..... AL-FATIHAH


BUTTERWORTH - Seorang penjinak ular maut kelmarin selepas dipatuk ular tedung jenis King Cobra yang cuba ditangkapnya pada 1 Februari lalu.

Mangsa, Mohd Sufian Mohd Zin, 21, meninggal dunia kira-kira jam 8 malam di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani selepas beberapa hari menerima rawatan di hospital terbabit.

Rakannya, Zainudin Mat, 23, berkata, mangsa merupakan seorang dari enam ahli kumpulan penjinak ular yang sering kali melakukan persembahan di merata-rata tempat.Menurutnya, Sabtu lalu, Mohd Sufian menerima panggilan ada ular tedung di rumah pengadu.

“Dia bergegas ke rumah pengadu tanpa membawa sebarang peralatan dan memutuskan untuk hanya menggunakan tangan bagi menjinakkan ular terbabit.“Bagaimanapun, ular terbabit bertindak agresif menyebabkan ibu jari tangan kiri mangsa dipatuk dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Difahamkan, mangsa memiliki pengalaman selama setahun menjinakkan ular dan aktif dalam memenuhi jemputan persembahan.


Innalillah.... Al-Fatihah.... semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.....

No comments: