Rasanya pasangan Khairul Fahmi Che Mat dan Leuniey Natasha pasti teruja dengan kelahiran puteri sulong mereka baru-baru ini. Bayi seberat 2.75 kilogram itu dilahirkan di Hospital Pakar Perdana, Kota Bahru Kelantan semestinya memberi semangat yang lebih kepada penjaga gol Malaysia itu.
Jika sebelum ini Khairul Fahmi berkongsikan gambar anak perempuannya itu, terbaru, Khairul Fahmi telah mengumumkan nama anaknya di Instagram miliknya. Menerusi perkongsian surat berenak itu, mereka menamakan puteri sulong mereka itu dengan nama Kayla Elayna yang membawa maksud cantik, bersinar terang.
Manis sungguh nama yang dipilih tu. Semoga bayi perempuan mereka ini akan membesar dengan sempurna dan menjadi manusia yang berilmu dan berakhlak. Serta berjaya di dunia ini dan di akhirat nanti. Amin.
No comments:
Post a Comment