Thursday, 3 October 2013
IMEJ KORPORAT KHAIRUL AZWAN HARUN @azwanbro #azwanbro4NKP TIDAK DIGEMARI BLOGGERS..???
Penulis memerhatikan gelagat beberapa blogger yang sedang bertungkus-lumus memberikan persepsi buruk kepada Khairul Azwan Harun atau Azwanbro gara-gara menawarkan diri untuk merebut kerusi nombor dua dalam Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.
Alasan dan hujah kenapa Azwanbro tidak layak menduduki kerusi nombor dua dalam pemuda UMNO pula begitu dangkal di mana Azwanbro dikatakan terlalu membawa imej korporat yang mana ia tidak disenangi oleh anak muda.
Menurut laman blog dari utara itu, jika mahu jadi tokoh korporat usahlah memegang kerusi nombor dua dalam pemuda. Penulis tahu bahawa blogger tersebut tidak senang dengan kempen oleh Azwanbro, kerana ia mendapat sokongan ramai blogger termasuk blogger dari utara sendiri.
Apakah benar Azwanbro terlalu menampakkan imej korporat?
Apakah Azwanbro 24 jam memakai baju kot, long sleeve dan hanya bergaul dengan tokoh-tokoh korporat?
Berapa lama penulis blog tersebut mengenali Azwanbro sehingga begitu yakin mengatakan Azwanbro tidak layak menduduki kerusi nombor dua dalam pemuda?
Tahukah apa gerak kerja yang telah berjaya dilakukan oleh Azwanbro sepanjang memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO Perak?
Azwanbro terlibat dalam politik sejak belajar di luar negara di mana dia terlibat secara langsung dengan Kelab UMNO Luar Negara, setelah pulang ke Malaysia pada tahun 1999, kerjaya pertamanya adalah juruaudit di Konsultan Kewangan di Ernst & Young, Kuala Lumpur.
Kemudian tahun 2004, Azwanbro telah dilantik sebagai Pegawai Khas kepada YB Dato’ Dr. Zambry Bin Abd. Kadir yang ketika itu merupakan Exco Pelajaran, Sumber Manusia dan Teknologi Negeri Perak sebelum dilantik sebagai SUSK setelah Dr. Zambry Abdul Kadir memegang jawatan Menteri Besar Perak.
Tahun 2004 pula, dalam Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak beliau telah dipilih sebagai Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian berganding bersama YB. Dato’ Zainol Fadzi Bin Paharudin selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian.
Azwanbro tidak naik secara mendadak di dalam politik walaupun aktif sebaik sahaja pulang ke Malaysia, satu tangga ke satu tangga beliau daki sehingga menduduki kerusi Ketua Pemuda UMNO Perak.
Jika penulis perincikan gerak kerja Azwanbro di Perak atas kapasiti pemuda UMNO rasanya terlalu banyak. Seperti penulis katakan, jangan nafikan jasa dan kerja seseorang hanya kerana dia seorang tokoh korporat yang berjaya.
Lainlah jika dia mendapat kekayaan dan semua syarikat yang berjaya diusahakan olehnya adalah melalui salah guna kuasa.
Akhir sekali, penulis ingin tekankan, Azwanbro tidak menggunakan pengaruh bapa untuk naik dalam dunia politik.
Baca seterusnya.... di sini
***Bukan mudah menjadi pemimpin.... mampukah kita memuaskan hati semua orang???... sebaik mana pun diri kita, pasti ada yang benci... !!! Jika gentar dilambung tohmahan baik berundur dari batas perjuangan.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment