Thursday 3 October 2013

ULAMA TOLAK KONSERT NOAH KERANA ARIEL 'CACAT' MORAL

.

Golongan ulama di Kota Cilegon, Indonesia menolak konsert kumpulan Noah yang akan berlangsung pada Jumaat ini.
 
Penolakan tersebut adalah kerana menyifatkan vokalis kumpulan itu iaitu Ariel sebagai cacat moral lantaran kes video lucahnya sehingga menyebabkan dia dihukum penjara.
 
Menurut Ketua Ulama Cilegon, Hifdullah, mereka tidak mahu vokalis Noah dijadikan idola kerana mempunyai keperibadian yang buruk.
 
"Kami tidak mahu generasi muda mengidolakan Ariel yang umum sudah tahu mempunyai cacat moral.
 
"Kesemua ulama dan masyarakat setempat tidak senang dengan kedatangan kumpulan itu dan kita akan kirim surat bantahan kepada pihak pemerintah," katanya seperti dipetik portal KapanLagi.com.

No comments: