Friday, 22 November 2013

'TUHAN HARUN' DISERANG STROKE, SUKARKAN SOAL-SIASAT


KUANTAN 22 Nov. - Siasatan ke atas ketua kumpulan ajaran sesat yang dikenali sebagai 'Tuhan Harun' menghadapi sedikit kesulitan berikutan lelaki itu gagal berkomunikasi dengan baik selepas diserang simptom angin ahmar.


Ketua Polis negeri, Datuk Sharifudin Ab. Ghani berkata, berdasarkan maklumat isteri ketiga yang ditahan bersamanya sebelum ini, Harun Mat Saat, 47, disahkan menghidap penyakit tersebut sejak Jun lalu.

"Ini mengakibatkan Harun tidak boleh bercakap sehingga membuatkan urusan merekod keterangannya menghadapi sedikit kesulitan.

"Bagaimanapun lelaki itu memberi kerjasama yang baik kepada pihak polis sewaktu siasatan dijalankan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Teman kata : Adakah itu petanda balasan Allah SWT ke atas perbuatannya selama ini...??? Hanya Allah yang Maha Mengetahui....

No comments: