Friday, 22 November 2013

30 TAHUN JADI HAMBA, WANITA WARGANEGARA MALAYSIA TELAH DISELAMATKAN...

Wanita Malaysia antara 3 dibebaskan 30 tahun jadi hamba di London
KETUA Unit Pemerdagangan Manusia Polis Metropolitan London, Kevin Hyland, berkata kepada media mengenai penahanan dua orang - seorang lelaki dan seorang wanita, masing-masing berusia 67 tahun - ditahan awal pagi semalam, kerana disyaki menggunakan buruh paksa. - Foto AP

LONDON : Tiga wanita, termasuk seorang warga negara Malaysia diselamatkan selepas menghabiskan masa lebih 30 tahun ditahan di dalam rumah di selatan London, termasuk seorang dipercayai menjadi hamba sepanjang usianya.

Polis Metropolitan London mengumumkan kejayaan operasi menyelamat itu selepas dua orang - seorang lelaki dan seorang wanita, masing-masing berusia 67 tahun -ditahan awal pagi semalam, kerana disyaki menggunakan buruh paksa. 


Kedua-dua suspek kemudian dibebaskan dengan jaminan. 

Penahanan itu adalah sebahagian daripada penyiasatan membabitkan penggunakan hamba selepas seorang wanita menghubungi badan amal mendakwa dia ditahan bersama dua yang lain.

Badan kebajikan itu kemudian membuat laporan polis dan wanita berkenaan, warga negara Malaysia berusia 69 tahun dan seorang wanita warga Ireland berusia 57 tahun dan wanita Britain berusia 30 tahun - dibebaskan pada 25 Oktober lalu.

Ketua Unit Pemerdagangan Manusia Polis Metropolitan London, Kevin Hyland, berkata wanita berkenaan kini dalam keadaan 'amat trauma' dan tidak pernah terdedah di dunia luar yang sebenar sejak 30 tahun lalu.

“Untuk cuba mengetahui apakah yang sebenarnya berlaku sejak tiga dekad lalu tentunya akan mengambil masa," katanya. 


Polis setakat ini tidak mendedahkan warga negara suspek terbabit dan sama ada suspek adalah pasangan suami isteri.

Namun persoalan berkisar bagaimana semua wanita ini boleh terperangkap dan dalam tempoh yang sangat lama. 

Apakah yang membawa mereka ke London? Apakah jiran pernah melihat mereka? Adakah mereka cuba untuk melarikan diri?

Haylan berkata, nama semua wanita terbabit bagaimanapun tidak didedahkan dan mereka kini dalam keadaan selamat di satu lokasi di Britain. - AP / BH

No comments: