Friday 22 November 2013

RM10 JUTA UNTUK PEMBEBESAN CHANG ...???


KOTA KINABALU : Ketika tuntutan wang tebusan dibuat untuk pelancong yang menjadi mangsa culik, Chang An Wei, angka RM10 juta nampaknya menjadi sebutan sebagai jumlah yang diminta untuk pembebasannya.

Jumlah itu telah menjadi jumlah yang paling disebut-sebut selepas media Taiwan memetik Menteri Dalam Negeri Lee Hong Yuan dan ahli perundangan Tsai Cheng Yuan berkata bahawa panggilan untuk menuntut wang tebusan Chang telah dibuat.

Walau bagaimanapun, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, mereka tidak mengetahui tentang tuntutan berkenaan kerana tiada komunikasi antara polis Malaysia dan lelaki bersenjata yang menculik Chang dari pulau peranginan Pom Pom berhampiran Semporna pada 15 November lalu.

"Jika terdapat komunikasi dengan orang lain, itu di luar pengetahuan kita," katanya, mengenai dakwaan oleh media Taiwan bahawa tuntutan wang tebusan telah dibuat untuk Chang yang berusia 58 tahun itu.

Hamza berkata polis Malaysia telah memeriksa latar belakang keluarga Chang dan berkata mereka hanya orang biasa.

"Mereka tidak kaya dan tidak juga mempunyai hubungan baik seperti yang didakwa," kata Hamza yang sebelum ini bertemu dengan abang Chang, Richard bersama dua pegawai polis Taiwan di pejabatnya di Kepayan dekat sini.

Katanya, beliau telah memberi jaminan kepada Richard bahawa polis Malaysia telah melakukan apa yang boleh untuk membantu menjejaki Chang.

"Saya juga menggesa dia menghubungi polis Taiwan jika terdapat sebarang komunikasi daripada penculik supaya rakan-rakan kami di sana boleh memberi amaran kepada kita," kata Hamza.

Kumpulan lelaki bersenjata itu juga membunuh suami Chang, Li Min Hsu, 57, dalam serbuan awal pagi di resort. - mStar Online

No comments: