Sunday 10 November 2013

SUSPEK BUNUH PEGAWAI AMBANK DITAHAN DIREMAN 7 HARI


Suspek utama seorang pengawal keselamatan dalam kes menembak mati pegawai AmBank, Norazita Abu Talib ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini.

Menurut sumber, suspek ditangkap sebaik sahaja selepas meletakkan keretanya di Kampung Tanjung Belungkor, Kota Tinggi kira-kira pukul 7 pagi tadi ketika hujan lebat. Sumber juga berkata, pengawal keselamatan itu ditangkap oleh sepasukan anggota D9 daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor yang terlibat dalam Ops Khas Cantas.

Sebaik sahaja ditangkap pengawal keselamatan itu terus dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam untuk siasatan lanjut.

Menurut sumber itu lagi, pegawal keselamatan itu dipercayai sedang berusaha untuk ke Pulau Batam, Indonesia yang terletak hanya 45 minit daripada Kampung Tanjung Belungkor. Beliau dipercayai bercadang menggunakan bot nelayan di kampung terbabit untuk membawanya ke pulau tersebut.

Berikut adalah video suspek tersebut dibawa ke Mahkamah.

No comments: