Sunday 10 November 2013

AL-FATIHAH : PELAKON KOMEDI AHMAD BUSU KEMBALI KE RAHMATULLAH

ahmad busu meninggal dunia

Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada pelakon Ahmad Busu yang telah pun meninggal dunia hari ini. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir selepas Maghrib tadi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang. Umur Allahyarham adalah sekitar 60-an.


Buat anda yang tidak mengenali Ahmad Busu, Allahyarham sangat popular menerusi sitkom komedi Pi Mai Pi Mai Tang Tu satu ketika dahulu. Watak yang dibawak ialah Mat Deris. Pelakon segenarasi dengannya ialah Imuda. Sama-samalah kita doakan agar Allahyarham ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya...

UPDATE  :  

Beliau yang popular pada tahun 80-an menerusi rancangan Pi Mai Pi Mai Tang Tu meninggal dunia akibat  serangan angin ahmar selepas maghrib pada Ahad.  Berasal dari Daerah Taiping Perak, telah pergi buat selama-lamanya. Ahmad Busu 60 tahun berasal dari Kampung Termerlok Trong meninggalkan seorang isteri dan 4 anak yang telah dewasa.

"Anak Seluang Jauh Melaut" adalah drama hitam putih yang dihasilkan oleh RTM yang mengangkat nama arwah sebagai pelakon.

Othman Hafsham pula berjaya mengukir nama Ahmad Busu dari seorang dramatis menjadikan beliau sebagai seorang pelawak terkenal melalui sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu.

Semasa sihat, Ahmad Busu sering balik kampung, setaip kali ke bandar Taiping beliau akan makan di gerai-gerai cashier market Taiping dan beliau ramah melayan dan berbual dengan orang ramai serta peminatnya.

No comments: