Sunday 24 November 2013

GANDINGAN SALAHUDDIN-TUAN IBRAHIM-HUSAM MENANG NAIB PRESIDEN PAS


Barisan naib presiden PAS yang dilantik bagi penggal 2013-15, selepas dibuat pengiraan semula semalam, ialah Salahudin Ayub (917 undi), Tuan Ibrahim Tuan Man (849) dan Husam Musa (520).

Geng gereja DAP yang sebelum ini mengalu-alukan Mahfuz Omar, juga MP Pokok Sena, agar boleh mengekalkan jawatan yang disandangnya itu pasti kecewa dengan keputusan perwakilan muktamar.
Sebelum ini, ketiga-tiga naib presiden – Mahfuz, Husam, Salahudin – penggal lepas adalah bukan wakil daripada golongan ulama.
Keputusan itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Asmuni Awi 10.53 pagi tadi. 
Pengesahan keputusan dilakukan selepas proses pengiraan semula undi malam tadi selepas pengumuman yang sepatutnya semalam, ditangguhkan.

Pertandingan lima penjuru itu menyaksikan dua lagi calon yang bertanding,  penyandang Datuk Mahfuz Omar dan Abu Bakar Chik  terkeluar.

Mahfuz mendapat 504 undi, iaitu hanya 16 undi dipisahkan dengan Husam, manakala 
Abu Bakar memperoleh 364 undi. 

No comments: